Suara halus panggil Aimi Nabila (Video)

Suara halus panggil Aimi Nabila (Video)

Kluang: “Saya ingatkan saya berilusi, rupa-rupanya memang ada suara itu apabila dengar semula rakaman video.”

Demikian reaksi Aimi Nabila Kamsani, 28, ketika diminta menceritakan kisah di sebalik suara misteri yang dirakam ketika berada di premis tempatnya bekerja.



Menerusi rakaman video dimuat naik di TikTok itu, kedengaran suara halus memanggil nama Aimi Nabila sehingga dia tergamam ketika itu.

Bercerita lanjut, Aimi Nabila yang bekerja sebagai penyelia berkata, kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika dia berseorangan di dalam premis.

“Pada hari itu, saya ditugaskan membuka premis dan datang hampir 12 tengah hari.

“Sebaik masuk ke dalam premis, saya terus duduk depan komputer dan saja rakam video guna telefon bimbit sambil betulkan tudung.



“Tiba-tiba saya terdengar suara memanggil nama saya Aimi. Tiga kali saya dengar suara sama dengan yang terakhir kedengaran dekat di telinga kanan,

“Seram sejuk dan meremang bulu roma saya kerana waktu itu, saya memang seorang diri dalam premis namun mujurlah kakitangan datang tak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Aimi Nabila berkata, dia ada menceritakan apa yang berlaku kepada rakannya dan kakitangan di premis itu.

“Saya turut kongsi dengan rakan video itu bagi mendapat kepastian mengenai suara misteri yang didengari.



“Mereka pun dengar yang sama sampai jadi seram dan suara itu seakan suara perempuan.

“Memandangkan saya baru dua minggu dihantar bertugas di cawangan premis berkenaan jadi saya ceritakan apa yang berlaku dan bertanya dengan kakitangan lebih lama.

“Menurut mereka, ‘benda’ itu memang ada dan pernah diganggu. Ada juga yang pernah nampak lembaga hitam dan dengar bunyi seakan orang meramas plastik di tingkat atas,” katanya.

Aimi Nabila bagaimanapun enggan terlalu memikirkannya kerana menganggap usikan itu hanya cubaan makhluk berkenaan untuk mengganggunya.



“Saya tak pernah kena gangguan sebegitu sebelum ini jadi tipulah kalau tak takut.

“Cuma, saya anggap makhluk itu sekadar mahu memberi salam perkenalan memandangkan baru di situ.

“Mengenai video dimuat naik itu pula, saya tak sangka boleh tular sampai mencecah lebih 100,000 tontonan namun rata-ratanya beri komen positif dan kongsi kisah seram pernah dilalui mereka,” katanya. HM

Suara halus panggil Aimi Nabila (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker