Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya

Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya

Selebriti terkenal Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah maut dalam sebuah nahas jalan raya pada tengahari tadi.

Kemalangan yang berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk itu turut mengakibatkan kecederaan kecil pada tiga penumpang lain termasuk anak Vanessa iaitu Gala Sky Ardiansyah.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Jawa Timur, Gatot Repli Handoko mengesahkan mengenai nahas yang berlaku pada hari ini.

“Kemalangan itu mengorbankan dua nyawa manakala tiga penumpang lain hanya mengalami luka kecil. Mereka yang maut dalam kemalangan itu adalah Vanessa Adzania dan Febro Andriansyah,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Ruangan Instagram artis popular Indonesia itu dibanjiri dengan ucapan takziah oleh rakan selebriti dan peminat yang masih terkejut dengan khabar duka itu.

Pada Disember 2019, Vanessa dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan Febri Ardiansyah tanpa pengetahuan keluarganya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia setahun.

Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker