Mohamaddin Ketapi Sedia Pertahan Lahad Datu Di PRU 15 Tetapi Tunggu Keputusan BN

Mohamaddin Ketapi Sedia Pertahan Lahad Datu Di PRU 15 Tetapi Tunggu Keputusan BN

LAHAD DATU: Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ketua Perhubungan PBM bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya kepada keputusan hasil pucuk pimpinan bersama Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu adalah mesra BN.

“InsyaAllah kita akan mempertahankan (kerusi Lahad Datu). Sekarang ini kita adalah kawan kepada BN, jadi apabila kita sudah jadi kawan kepada BN kita akan menunggu hala tuju daripada BN hasil daripada kerjasama yang terjalin,” katanya pada sidang media di Lahad Datu.

Pada Oktober 2021 Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Parti Warisan dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selepas lapan bulan penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu itu bertindak keluar Bersatu sebelum menyertai PBM.

Selain itu, Mohamaddin menyambut baik tarikh-tarikh penting yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk tempoh berkempen selama 14 hari.

“Pengumuman tarikh-tarikh penting itu di bawah kuasa SPR untuk menentukannya. Saya tidak boleh cakap hari ini yang sesuai hari ini tidak sesuai.

“Apa yang mereka umumkan terpulang kepada mereka,” katanya. AA

Mohamaddin Ketapi Sedia Pertahan Lahad Datu Di PRU 15 Tetapi Tunggu Keputusan BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker