Meremang detik 12 malam di TV3

Meremang detik 12 malam di TV3

Terbaharu, TV3 kini membawakan semula program genre seram untuk penonton yang dahagakan program sedemikian.

Dua program itu adalah program berbentuk majalah, Detik 12 Malam yang kini memasuki musim kelima dan drama bersiri 12 episod berjudul Remang.

Mengekalkan Saiful Azmi Jamsari sebagai pengacara, Detik 12 Malam membawa penonton meneroka lokasi serta kisah seram yang dikongsikan sendiri oleh penonton program ini dalam musim terdahulu.

Saiful berkata, kali ini mereka meneroka pelbagai lokasi di Semenanjung sehingga Sabah bagi menghasilkan bahan tontonan menarik buat penonton.

“Tentunya setiap lokasi itu ada cerita dan cabarannya yang tersendiri. Namun, semua itu dilalui dengan terperinci dan mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Program arahan Khirul Fikry Mustafa dan diterbitkan Mohd Jamira Ramli itu juga membawa penduduk setempat dari kawasan yang diteroka, selebriti serta mereka yang berpengalaman dalam bidang paranomal untuk berkongsi pengalaman.

Sementara itu, Remang pula mengumpulkan kisah seram yang menjadi legenda urban di Malaysia dan disajikan dalam bentuk drama.

Penerbitnya, Hariff Ahamat berkata, setiap episod ada keunikan tersendiri dengan jalan cerita berbeza.

“Setiap episod membawakan kisah berbeza dan tentunya kisah yang dibawakan dekat dengan penonton memandangkan kami mengangkat legenda urban yang popular dalam kalangan masyarakat kita.

“Contohnya, pengawal keselamatan yang diganggu, gadis yang berdepan situasi di mana ahli keluarganya dirasuk dan sebagainya,” katanya.

Berkongsi pengalaman menerbitkan drama Remang, Hariff mengakui banyak cabaran yang dilalui pasukan produksi.

“Minggu kedua selepas Aidilfitri, kami sudah mulakan penggambaran dan untuk setiap episod, hanya ada tiga hari durasi untuk selesaikan penggambaran yang kebanyakannya pada waktu malam.

“Satu lagi cabaran adalah dari segi gangguan, contohnya kelibat yang menyamar sebagai pelakon sedangkan pelakon sudah pulang dan ada juga bunyi yang mengganggu.

“Kami gunakan khidmat pakar agama untuk membantu sebelum memulakan penggambaran bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Remang mengisahkan mengenai Ejay lakonan Syafie Naswip, seorang penyampai radio yang dihubungi oleh pendengar yang ingin berkongsi pengalaman mistik dan ghaib mereka di slot program Remang Malam stesen radio terbabit.

Setiap malam Ejay akan mendengarkan perkongsian mereka dengan penuh teliti dan memberi kata nasihat atau tip yang bersesuaian dengan pengalaman diceritakan.

Antara kisah yang dipaparkan dalam setiap episod adalah Dendam Saka, Pakcik Tumpang, Botol Puaka dan lain-lain.

Selain Syafie, Remang turut membariskan pelakon seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Azrel Ismail, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Remang mula ditayangkan Isnin lalu, manakala Detik 12 Malam pula mula bersiaran esok. HM

Meremang detik 12 malam di TV3


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker