Izara Aishah nak mati di Madinah

Izara Aishah nak mati di Madinah

Sekali lagi pelakon cantik Izara Aishah menjadi perhatian netizen selepas meluahkan hasrat untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah andai diizinkan Tuhan.

Menerusi perkongsiannya dalam laman sosial, Izara mengakui dia mempunyai banyak impian lain termasuklah, menetap di Tanah Suci Mekah selain mendalami ilmu agama.

Bagaimanapun, hasrat murni pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat menjadi perbalahan dan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.

“Mungkin dia ingat mati di Madinah masuk syurga terus.

“Kalau mati di Malaysia ke di Kaherah ke, mungkin susah sikit masuk syurga.

“Apa niat sebenar awak mahu meninggal di sana? Pasti syurga ke? Meninggallah dekat mana-mana pun, amalan cukup pasti kamu akan dikenang,” komen netizen.

Meskipun ramai yang memberikan komen berbaur negatif, namun ada juga yang mendoakan niat dan impian Izara akan termakbul suatu hari nanti.

Baru-baru ini, pelakon yang mula berhijab sejak tahun lalu itu turut menerima kecaman hebat dan dilabel ‘bodoh’ susulan meninggalkan komen dalam sebuah video memaparkan seorang suami memarahi seorang lelaki pertengahan usia kerana menegur cara berpakaian isterinya.

Dalam komennya, pelakon berusia 30 itu memberitahu teguran perlu dilakukan dengan cara yang beradab seperti memaklumkan secara privasi dan perlu dilakukan dengan niat untuk menginsafkan, bukannya mengaibkan. K Online

Izara Aishah nak mati di Madinah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker