Elizabeth Tan masih belum sebumbung dengan suami

Elizabeth Tan masih belum sebumbung dengan suami

Walaupun sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya, Dr Siew Jim.

Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, sehingga hari ini mereka masih tinggal bersama ibu masing-masing dan hanya bertemu pada waktu cuti.

“Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami saling merindui satu sama lain. “Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung, tapi kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.

Kami lebih menyukai cara ini apabila kami dapat menjaga ibu masing-masing memandangkan ibu saya dan ibu mentua tidak mahu tinggal bersama,” katanya.

Menurut Lizzy, dia dan suami akan mempertimbangkan untuk tinggal bersama jika dikurniakan anak.

Katanya, dia kini sudah bersedia menimang cahaya mata pertama dan merancang untuk hamil pada Oktober depan.

“Kalau sudah ada anak baru kami akan mempertimbangkannya. Takkanlah saya nak jaga anak seorang diri. Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

“Namun, saya cuba nak hamil, sekitar hujung tahun ini. Jika diikutkan, saya sudah merancang kehamilan, Julai lalu tetapi banyak pula ‘job’ (tawaran pekerjaan) masuk. Jadi terpaksalah dianjak ke bulan seterusnya. Namun, disebabkan jadual kerja semakin padat, rancangan cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sekali lagi sehingga Oktober,” katanya. Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem Abang Long Fadil 3. Diarahkan oleh Syafiq Yusuf, filem terbabit turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Lizzy juga diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu runut bunyi bagi filem itu berjudul Payung yang turut menampilkan Zizan sebagai pelakon utama. HM

Elizabeth Tan masih belum sebumbung dengan suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker