Ramai ketagih kondom berperisa

Ramai ketagih kondom berperisa

Kondom berperisa kini menjadi ketagihan segelintir anak muda di wilayah Durgapur di Benggala Barat untuk mendapatkan rasa khayal, lapor Insider yang memetik saluran televisyen tempatan India, News 18.

“Sebelum ini, tiga hingga empat paket kondom dijual setiap hari. Kini, pek kondom hilang dari kedai,” kata seorang pekedai sebuah kedai ubat kepada News 18.

Menurut News 18, poliuretana akan terbebas ke udara apabila kondom berperisa direndam di dalam air panas dan akan menyebabkan rasa khayal, menurut portal Vice.

Poliuretana adalah bahan plastik yang digunakan dalam produk seperti penebat bangunan, bahagian kereta dan pelekat, menurut laman web poliuretana.

Vice memaklumkan kondom biasanya dibiarkan direndam di dalam air, selama enam hingga lapan jam, sebelum seseorang meminum air berkenaan.

Dheeman Mandal, seorang pekerja di Hospital Bahagian Durgapur, memberitahu News 18 bahawa proses itu menyebabkan ketagihan.

“Kondom mengandungi sebatian aromatik. Ia membentuk alkohol hingga seseorang ketagih. Sebatian aromatik ini juga terdapat dalam gam dendrite. Begitu ramai orang menggunakan gam dendrite untuk ketagihan juga,” kata Mandal kepada News 18.

Pakar memberitahu Vice bahawa minum air kondom berperisa mempunyai kesan yang buruk.

“Meminum air ini boleh menyebabkan mabuk dan ketagihan.

“Jika diambil berulang kali, ia akan memberi kesan negatif kepada paru-paru dan buah pinggang, serta membahayakan sistem saraf badan,” kata pakar perubatan dalaman di Hospital Fortis, Kolkata, Joydeep Ghosh kepada Vice.

Sementara itu, ketua penjagaan kritikal di Hospital SL Raheja di Mumbai, Sanjith Saseedaran dalam perbualan dengan Vice memaklumkan pengambilan jangka panjang ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental. HM

Ramai ketagih kondom berperisa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker