Pelakon Adrea dedah bercerai dua bulan lalu
Pelakon Adrea dedah bercerai dua bulan lalu
Pelakon Adrea, 45, kini berstatus ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suami, Zul Selamat, 32, lebih dua bulan lalu.
Adrea atau nama sebenarnya, Nik Adrea Nik Abdullah memaklumkan, dia sudah mencuba yang terbaik mempertahankan rumah tangganya namun akhirnya terpaksa memilih jalan untuk berpisah.
“Bukan tak berusaha, macam-macam perkara saya lakukan kerana saya sayang perkahwinan kami. Bagaimanapun, kalau memang sudah tiada jodoh panjang, apa boleh saya buat.
“Saya bercerai dengan bekas suami lebih dua bulan lalu, sekarang masih dalam idah. Sebenarnya, masalah rumah tangga kami terjadi sejak dua tahun setengah. Itulah, kita mampu merancang tapi Tuhan menentukan.
“Memang sudah tidak sehaluan. Komunikasi antara kami pun sudah tiada. Saya sendiri sebagai isteri tak pasti apa punca keretakan hubungan kami sebab bekas suami pun tak cakap atau luahkan,” kata Adrea.
Pelakon filem Blok 404 itu ditemui usai majlis perasmian Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (Kopelem) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini.
Dedah Adrea lagi, disebabkan masalah rumah tangga, dia mengalami kemurungan yang menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya dah tak tahan hinggakan saya berdepan masalah kemurungan. Tahun lalu saya memilih untuk keluar rumah tiga bulan. Sebab saya nak uji sejauh mana hubungan kami mampu bertahan. Malah, saya cakap, nak lakukan sesi kaunseling atau tak nak (dengan dia).
” Saya berdoa kalaulah dia untuk saya, kembalikanlah. Sama-samalah berubah sebab saya pun tak sempurna. Saya cuba, tapi saya tidak boleh buat sendiri,,” ujarnya.
Untuk rekod, Adrea dan Zul berkahwin pada 9 Jun 2018 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun, Adrea memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu. K Online
Pelakon Adrea dedah bercerai dua bulan lalu
Baca Artikel Menarik:
- Mat Tudung kembali beraksi
- Poor boy from ‘gangster town’ turns into top cop
- Rosyam Nor kendali Sembang Viral
- Kedai Cik B kena sihir lagi – Vida
- Tengku Zafrul bawa ‘gula’ untuk BN tawan Selangor
- 3 pesilat negara lakar nama sebagai juara baharu dunia
- Saya gam mereka dulu – Abon
- PRU dah nak dekat… – Ismail
- Tuntut naik gaji kufur nikmat terbesar, Cassa bidas Cuepacs
- MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud
- Hadi kata PH tipu manifiesto, Muhyiddin buat muka tebal seolah-olah tidak bersalah
- Agihan kerusi dalam PN, Muhyiddin kata pada PAS ‘lebih kurang minta halal’
- 1.2 juta warga China ‘hilang dari radar’, mana imigresen?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura
‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]