Filem Mat Kilau bocor di Telegram


Filem Mat Kilau bocor di Telegram

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan didakwa bocor di aplikasi Tele­gram sejak beberapa minggu lalu dan turut mempromosikan perjudian.

Berdasarkan tinjauan Kos­mo! pada aplikasi tersebut, ia telah dimuat naik di dalam salah satu ‘channel’ di Telegram dengan kira-kira 8,124 pelanggan (subscribers) di dalamnya.

Iklan judi tersebut dipaparkan dalam bentuk tulisan menggunakan bahasa dari negara seberang iaitu di awal dan pertengahan tayangan selain ada juga video kira-kira 10 saat.

Mengikut tarikh yang dipaparkan, ‘channel’ tersebut diwujudkan pada 2 Julai sete­rusnya pada 12 Julai, pihak itu memuat naik poster filem seterusnya berkongsi tayangan penuh pada 26 Julai.

Bintang utama Mat Kilau, Datuk Adi Putra ketika dihu­bu­ngi berkata, beliau sedia maklum mengenai kebocoran filem tersebut pada aplikasi Telegram, namun enggan me­ngulas lanjut.

“Saya tahu perkara itu dan telah dimaklumkan kepada pe­nerbit,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, penerbit filem yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali berkata, be­liau mengetahui insiden itu serta sedang berusaha untuk membuangnya daripada apli­kasi ter­sebut.

“Sedang berusaha buang dan laporan juga telah dibuat kepada Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Komunika­si dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya kepada ­Kosmo! di sini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kutipan filem epik mega, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan feno­mena terus melonjak apabila jualan tiket mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei. K Online

Filem Mat Kilau bocor di Telegram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker