Azza Elite kehilangan ayah

Azza Elite kehilangan ayah

Bapa kepada penyanyi dan pelakon Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia disyaki akibat masalah jantung di Hospital Batu Gajah, Perak, kira-kira jam 2 pagi, hari ini.

Azza, 45, atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari berkata, bapanya terlebih dahulu dimasukkan ke hospital di Ipoh, Perak akibat jangkitan Covid-19 pada 1 Julai lalu.

“Sebenarnya abah kena Covid-19 awal Julai lalu dan dibenarkan keluar selepas Hari Raya Aidiladha tempoh hari. Kebetulan jantung abah pun bermasalah juga. Sepatutnya ada rawatan lanjut untuk jantung, tapi tak sempat. Cuma, punca kematian masih belum dapat dipastikan.

“Oksigen abah turun ke paras 73 dan 70 semalam. Sewaktu kakak saya, Noor Amelia Hafiza periksa mereka tak buang masa terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Batu Gajah. Ketika itu abah masih okay. Allah lebih sayangkan abah. Dia meninggal dunia ketika mendapat rawatan di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Azza, kali terakhir dia berjumpa bapanya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha yang mana ketika itu masih dirawat di hospital.

“Saya berjumpa abah sebelum dia keluar hospital. Tapi kalau tak jumpa pun memang setiap hari buat panggilan video. Kami adik-beradik selalu bergurau dengan abah. Minta maaf tu selalu.

“Abah suruh menjaga keharmonian adik-beradik. Itu saja pesanan abah yang selalu dia sampaikan kepada kami yang mana mesti sayang semua adik beradik walaupun berlainan ibu. Ikutkan kami semua ada 12 beradik. Kalau daripada mak saya, saya anak tunggal,” katanya.

Menurut Azza, Allahyarham meninggal seorang balu, Hamidah. HM

Azza Elite kehilangan ayah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker