Puteri Sarah buktikan tak harap duit Syamsul

Puteri Sarah buktikan tak harap duit Syamsul

“Saya mahu buktikan pada orang ramai yang selama ini selalu cakap saya hanya bergantung harap dengan duit suami”.

Demikian kenyataan oleh pelakon Puteri Sarah apabila mampu membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class yang dianggarkan berharga RM250,000 menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri.

Ujar Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bersyukur selepas lima tahun menjadi suri rumah, dia kini aktif semula berlakon selain menjalankan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah selepas lima tahun bergelar suri rumah, saya bangkit semula dengan kembali bekerja. Sejak tahun lalu saya sudah kembali aktif berlakon dan menjalankan beberapa perniagaan.

“Apa yang saya miliki termasuk kereta idaman yang baru dibeli ini adalah hasil titik peluh saya sendiri,” katanya.

Kata Sarah, mungkin terdapat pandangan orang lain kejayaan dirinya membeli sebuah kereta baharu adalah perkara biasa. Namun bagi Sarah, perkara itu cukup bermakna lebih-lebih lagi diperoleh hasil titik peluhnya sendiri.

Pada masa sama, Sarah turut mahu ‘mengunci’ mulut sesetengah pihak yang selama ini mengatakan dirinya hidup atas belas ihsan duit daripada suaminya, Syamsul Yusof.

“Apabila saya membeli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras sendiri, saya rasa terharu dan sebak. Tidak sangka saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut berterima kasih kepada bapa mentuanya iaitu penerbit dan juga pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam kerana banyak memberi dorongan untuknya kembali bekerja.

“Datuk pernah cakap buat apa saya asyik terperak di rumah dan terus bersedih? Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan dihujani dengan tawaran berlakon yang tidak putus-putus sampai sekarang.

“Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Sarah ada memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang netizen selepas individu tersebut memuat naik hantaran berunsur fitnah apabila mendakwa Sarah hidup hanya bergantung pada kekayaan suaminya.

Bagaimanapun, individu terbabit akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka beberapa hari lalu serta berjanji tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap aktres itu.

“Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya,” tulis individu terbabit menerusi media sosial miliknya. K Online

Puteri Sarah buktikan tak harap duit Syamsul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker