Bisik-Bisik Gelora ditonton 10 juta penonton
Bisik-Bisik Gelora ditonton 10 juta penonton
Melabuhkan tirai, drama bersiri Bisik-Bisik Gelora yang mengisi slot Akasia di TV3 sejak 21 Mei lalu, merekodkan 10 juta penonton sepanjang 35 episod naskhah ini disiarkan.
Drama yang menampilkan gandingan hebat Redza Rosli dan Raysha Rizrose turut mencapai 752 juta interaksi dalam media sosial mengikut sumber penarafan Nielsen 2022 dan Meltwater bagi tempoh Mei hingga Jun lalu.
Bisik-Bisik Gelora yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari arahan Riza Baharudin, berkisar percintaan antara pemuda kampung, Jad dan gadis liar dari bandar, Arumi yang terpaksa berkahwin selepas ditangkap basah.
Biarpun pada permulaan, jalan ceritanya dianggap biasa, namun penonton terus memberi sokongan dari minggu ke minggu hingga Bisik-Bisik Gelora melabuhkan tirainya.
TV3 dalam kenyataan menyebut, maklum balas penonton menerusi laman sosial menunjukkan mereka sangat berpuas hati dengan pengakhiran drama berkenaan.
“Pengakhiran drama ini membawa kelainan dan penonton memuji barisan pelakon yang berjaya membawa watak masing-masing seperti Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi dan Afifah Nasir.
“Sokongan memberangsangkan ini amat dihargai dan TV3 akan sentiasa memberi drama berkualiti dan terbaik untuk penonton setia,” kata kenyataan itu.
Peminat yang ingin menonton semula atau terlepas drama hangat yang baru melabuhkan tirai ini, 35 episod drama ini boleh didapati di laman penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3, layari www.xtra.com.my. Ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. BH
Bisik-Bisik Gelora ditonton 10 juta penonton
Baca Artikel Menarik:
- Hisyam Teh Poh Teik peguam baharu Najib
- ‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis
- Jutawan hartanah rebah dua kali
- Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin
- Logo baharu atau lama, PN dijangka kecundang dalam PRU-15
- Mahkamah diberitahu RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq
- Penoreh terkejut jumpa mayat terapung
- PRU-15: DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu
- Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib
- Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu
- Mayat berbungkus ditemui di Lojing
- Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google
- Suamiku ghaib tanpa berita
Layari Laman Facebook MYKMU.NET