Cara Elfira Loy berdepan kecaman

Cara Elfira Loy berdepan kecaman

Setiap individu, khususnya selebriti mempunyai cara tersendiri dalam menangani kata-kata negatif atau kecaman khalayak. Perkara sama berlaku kepada pelakon Elfira Loy.

Tidak melatah, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, seboleh-boleh akan berhubung terus dengan mana-mana inidividu yang mengecam dirinya bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Sebenarnya, saya jarang terima mesej yang mengancam emosi dalam Instagram. Alhamdulillah semuanya baik-baik.

“Kalau ada dan saya nampak, memang akan bersemuka dan bercakap dengannya,” kongsinya dalam sesi soal jawab dalam Instagram semalam.

Ujarnya, pendekatan tersebut wajar bagi menjelaskan sebarang kekeliruan atau salah faham individu terbabit dengan dirinya.

“Saya akan jelaskan bagi pihak sendiri tetapi terpulang baginya untuk percaya atau tidak.

“Itu bukan tanggungjawab saya. Jawablah sahaja di akhirat nanti.

“Kecaman di tempat lain, biarlah. Itu kan mereka yang mengundang masing-masing untuk berkata buruk,” katanya lagi.

Sebagai info, Elfira yang terkenal menerusi drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Walaupun jarang muncul dalam mana-mana drama atau filem, kehidupan peribadinya sering saja menjadi bahan buah mulut netizen. K Online

Cara Elfira Loy berdepan kecaman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker