Fikiran melayang, perlukan kanabis – Yasin kongsi lirik Aku Bipolar dari penjara

Fikiran melayang, perlukan kanabis – Yasin kongsi lirik Aku Bipolar dari penjara

Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman hari ini dilihat menyiarkan satu perkongsian berupa nukilan sebuah lirik lagu yang diberi judul Aku Bipolar dari Penjara Sungai Buloh.

Menerusi Instagram, Yasin atau nama sebenarnya, Mohammad Yasin Sulaiman meluahkan rasa hatinya sebagai penghidap penyakit bipolar dan memerlukan rawatan sewajarnya.

“Aku sakit mental sesekali kronik, zahir sentimental di dalam tragik bila rasa kebal, tak takut high risk nampak berakal berkata yang logik,” demikian antara bait kata tulisan pelantun lagu Mimpi Laila itu.

Dalam nukilan tersebut, Yasin, 47, seakan-akan memberi penegasan bahawa keyakinannya berhubung rawatan menggunakan kanabis adalah berkesan untuk penyakit seperti yang dihidapnya.

“Fikiran melayang kualami psikosis, perlukan rawatan kanabis, bukan sintetik internationalis, preskripsi Big Pharma kapitalis.

“Waktu hiperaktif insomnia, memori selektif amnesia, tak sanggup kembali manis, diikuti depresi yang lama,” demikian coret Yasin lagi.

Sebelum ini sekitar awal Mei, pemegang trofi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-16 (AJL61) itu pernah berkongsi nukilan lirik lagu yang diciptanya di sebalik tirai besi berjudul Bebaskan Aku.

Untuk rekod, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram. K Online

Fikiran melayang, perlukan kanabis – Yasin kongsi lirik Aku Bipolar dari penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker