Tak sangka jadi hero pada usia 51 tahun

Tak sangka jadi hero pada usia 51 tahun

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Sham Visa hampir menolak tawaran drama Selamanya Suri Cinta siaran TV9 disebabkan tidak yakin mampu membawakan watak utama dalam usia 51 tahun.

Namun, Sham atau nama sebenarnya, Rohisham Hashim akhirnya tidak mampu menolak kerana pengurus produksi berkeras mahukannya kerana mengikut kehendak skrip.



“Alhamdulillah, selesai sudah tugasan saya menerusi drama bersiri, Selamanya Suri Cinta siaran TV9 selepas hampir dua bulan berada di lokasi penggambaran.

“Drama rantaian menyaksikan saya bergandingan dengan Siti Nordiana atau Nana ini disifatkan cukup istimewa kerana ini adalah kali pertama diberikan watak utama pada usia 51 tahun.

“Sejujurnya, saya bertanyakan adakah watak bapa, siapakah gandingan dan adakah watak seorang lelaki berpangkat Datuk ketika dihubungi syarikat produksi, Suhan Movies & Trading.

“Sebaik sahaja dimaklumkan, watak hero, saya memang terkejut. Saya juga menolaknya secara spontan,” katanya kepada BH Online.



Sham berpendapat, watak hero tidak sesuai untuk seseorang yang sudah berusia sepertinya.

“Saya tidak rasa cukup berkaliber untuk membawakan watak utama. Bagaimanapun, pengurus produksi berkeras mahukan saya kerana ia adalah kehendak skrip.

“Selepas mendapat tahu syarikat produksi milik Datuk Rosyam Nor, saya bersetuju. Ini kerana beliau adalah sifu saya.

“Pengalaman berlakon dalam drama Selamanya Suri Cinta ini cukup menyeronokkan dan mahu membina keserasian dengan Nana cukup mudah. Tuntutan skrip tidak terlalu berat.



“Jika nak diikutkan, Nana adalah pemegang watak utama kerana karakternya berat jika mahu dibandingkan dengan saya,” katanya.

Beralih kerjaya nyanyian, penyanyi lagu Dalam Gerimis dan Untukmu Selamanya itu berkata, dia kurang aktif kerana rezeki dalam bidang lakonan datang mencurah-curah hinggakan ada tawaran terpaksa ditolak.

“Saya bukan jenis yang suka ambil banyak ‘job’ serentak kerana saya ada kerjaya tetap yang perlu dilakukan. Justeru, soal pembahagian masa sangat penting agar tidak menyusahkan banyak pihak.

“Tak dinafikan, ramai bertanya mengenai single baharu. Namun, hakikatnya untuk menghasilkan lagu baharu bukanlah sesuatu yang mudah.



“Pada era digital hari ini semuanya sudah berubah termasuk dari segi proses pembikinan lagu, rakaman dan pemasaran.

“Saya akui, masih belum dapat membiasakan diri dengan situasi ini. Tetapi, jika ada komposer yang sudi memberikan lagu, mungkin saya boleh mempertimbangkan,” katanya. BH

Tak sangka jadi hero pada usia 51 tahun


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker