Radhi persis P Ramlee



Radhi persis P Ramlee

Penyertaan dalam pertandingan Bintang P Ramlee 10 tahun lalu menjadi titik tolak buat Muhammad Radhi Ab Rahmad untuk belajar cara melenggokkan suara agar mirip seniman legenda itu.

Bakat nyanyian Muhammad Radhi, 31, yang menetap di Taman Tembak Paya, Ayer Molek, di sini mendapat perhatian selepas satu video dimuat naik di TikTok @laguvideoradhi baru-baru ini, dikatakan menyamai P Ramlee.

Menurut Muhammad Radhi, dia sendiri tidak sangka videonya akan tular hingga meraih jutaan tontonan kerana perkongsian itu sekadar untuk hiburan semata-mata.

“Saya aktifkan akaun TikTok empat bulan lalu dan tak sangka video dimuat naik akan tular.




“Mulanya takut juga seandainya kena kecam dengan netizen, namun ramai sukakannya dan beri kata-kata positif.

“Alhamdulillah, jumlah pengikut saya juga bertambah daripada 1,000 dan kini mencecah 50,000,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Muhammad Radhi berkata, dia berguru dengan pemuzik untuk mendapatkan suara mirip P Ramlee dan keluarganya sangat meminati seniman itu, malah mempunyai koleksi DVD filemnya.

Cuma, Muhammad Radhi mengambil inisiatif untuk mengembangkan minat berkenaan ke peringkat lain yang menuntutnya menyanyi dan tampil persis P Ramlee.

“Kali pertama saya menyertai pertandingan Bintang P Ramlee adalah pada 2012 dan memenangi anugerah persembahan terbaik ketika itu.




“Pada 2014, saya bertanding lagi dalam pertandingan sama dan memenangi tempat kedua, kemudian merangkul gelaran juara serta persembahan terbaik,” katanya.

Pemuda itu berkata, gembira apabila ramai yang mengatakan suaranya kedengaran semula jadi sama dengan P Ramlee.

“Teruja juga sebenarnya apabila disamakan kerana Allahyarham hebat, saya ini pula siapa saja? Bagaimanapun, suara itu tidak dibuat-buat dan saya juga tak kata saya macam P Ramlee, namun ambil ia sebagai satu penghargaan,” katanya yang meminati lagu Hanya Dikau, Azizah dan Nak Dara Rindu.

Muhammad Radhi merancang untuk terus memartabatkan lagi lagu P Ramlee, dan berhasrat mencipta lagu yang melodinya seperti lagu seniman itu tetapi bernafas baharu.

Dia berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan terhadapnya dalam menggapai impian seiring idolanya. HM




Radhi persis P Ramlee


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.