Mizz Nina nafi mesej IG berkaitan krisis rumah tangga

Mizz Nina nafi mesej IG berkaitan krisis rumah tangga

Perkongsian penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina terus mencetuskan spekulasi hingga ada yang beranggapan hantaran dimuat naik menerusi akaun Instargam (IG) mempunyai kaitan gosip krisis rumah tangga bersama suaminya, Noh Salleh yang kini kecoh diperkatakan.

Menerusi perkongsian dimuat naik semula Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, dipetik dari IG @qalbyapp, ia seolah memberi bayangan yang dirinya kini berdepan dengan situasi sukar dan mengharap petunjuk dari Allah sebagai jalan penyelesaian.

“Sesetengah perkara berlaku dalam hidup, naik atau turun, kesukaran dan dipermudahkan, semuanya Allah hantar sebagai petunjuk adakah kita berada di landasan yang benar .

“Allah tidak berkomunikasi dengan kita seperti berbicara dengan nabi, tetapi ada tanda diberikan untuk kita lihat, renung dan bertindak ke atasnya.

“Bila melakukan sesuatu dan berasa tenang dengannya, itu bermakna kita melakukannya dengan baik dan betul. Itu membawa petanda, Allah sedang membimbing kita.

“Bagaimanapun, jika masih lagi kabur atau berasa was-was apakah berada di jalan yang benar, bacalah ayat Sakeenah, panjatkan doa kepada Allah dan perhatikan sekeliling untuk mencari petunjuk dan apa yang dirasakan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian susulan dibuat penyanyi lagu What You Waiting For dan Takeover ini, Mizz Nina turut mengungkap semula hantaran menerusi akaun IG @sabr.vibes yang intipatinya adalah berbentuk peringatan, manusia tidak sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan.

“Ingatlah kesalahan diri sendiri sebelum menyebut kesalahan orang lain,” demikian coretan tertera pada hantaran yang dikongsinya itu.

Meskipun terus mengunci mulut, namun, menerusi ruangan komen dalam IG, Mizz Nina menafikan, setiap hantaran yang dikongsikan mempunyai kaitan dengan krisis rumah tangga seperti yang disangka pengikutnya.

“Saya hanya muat naik semula perkongsian dibuat Facebook Qalbyapp. Ini sudah dilakukan sejak dahulu lagi, ia bukanlah kenyataan peribadi saya,” tulisnya.

Terdahulu, kekecohan kisah rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 itu dikatakan berpunca apabila Mizz Nina sering kelihatan bercuti tanpa suami, selain jarang kelihatan bersama.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama BH Online, baru-baru ini, Noh akui, tidak tahu menahu bagaimana kisah keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Mizz Nina boleh timbul.

Menyifatkannya sebagai berita palsu, penyanyi berusia 37 itu berkata, ini kali pertama mendengar gosip sedemikian sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

“Entahlah, saya tiada komen, anda semua kena tipu. Saya sendiri baru tahu, tidak sangka ada juga cerita-cerita begini.

“Itu adalah berita palsu. Bagi saya, perkara seumpama ini tiada maknanya. Kisah peribadi adalah hak saya,” katanya.

Sementara itu, menerusi temubual bersama B*POP, Noh akui, mereka tetap bahagia dengan kehidupan seadanya di sebalik diuji ketiadaan zuriat selepas 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Tegas penyanyi lagu Angin Kencang ini, dia tidak segan menyifatkan isteri sebagai bidadari kiriman Tuhan daripada syurga.

“Di fasa awal perkahwinan, ada yang anggap cinta umpama dua darjat. Nina dari keluarga berada, saya pula sebaliknya.

“Namun, Nina bukan jenis memandang kebendaan, bahkan, menerima saya seadanya. Setiap kelebihan dan kekurangan dipupuk menjadi satu.

“Saya akui, perubahan Nina banyak menjentik diri saya. Cara Nina istiqamah sehingga meninggalkan dunia seni yang dicintai juga amat besar pengorbanannya,” katanya yang turut menyifatkan isterinya seorang wanita kebal dan tidak suka meminta-minta. BH

Mizz Nina nafi mesej IG berkaitan krisis rumah tangga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker