Namron luah kekecewaan tentang Dewa19

Namron luah kekecewaan tentang Dewa19

Pelakon, Namron, 53, meluahkan rasa tidak setuju apabila ada kalangan netizen mempersoal tindakan peminat membeli dan menyokong penganjuran konsert kumpulan rock legenda seberang, Dewa19.

Menurut Namron, sebagai seorang daripada peminat kumpulan tersebut, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu kesalahan selain menempelak mereka yang mengandaikan orang ‘tua’ sepertinya tidak wajar sibuk menonton konsert.



“Seingat saya kali terakhir menonton konsert adalah pada lewat tahun 80-an ketika zaman Battle Of The Band. Zaman Ella masih dengan The Boys dan Rahim Maarof masih dengan White Steel buat konsert di tapak Fun Fair.

“Selepas itu, sampai ke hari ini saya tak pernah menonton konsert. Sekarang dah lebih dua dekad, saya akan kembali menonton konsert. Dua kumpulan gitar rancak (Kugiran) yang jadi pilihan saya adalah konsert Kembara (M Nasir) dan Dewa19 (Ahmad Dhani).

“Ada orang kata dah tua-tua tak payahlah pergi konsert. Nanti kalau mati kat sana macam mana? Nak ke mati kat tempat maksiat macam tu? Baiklah. Biar saya jelaskan lanjut,”katanya.

Namron berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya semalam.



Jelas pelakon ini, baginya, kedua-dua kugiran tersebut berada setaraf dengan kumpulan yang membawakan lagu ketuhanan dan Raihan adalah rujukannya.

“Saya letak sama taraf dengan kumpulan Raihan. Cuma aliran mereka berbeza antara nasyid dan kugiran. Dewa19 (baca Ahmad Dhani) dan Kembara (baca M Nasir) membawa lagu lagu spiritual atau sufism yang mengajak kita untuk mengesakan Allah SWT.

“Mentauhidkan hati kita hanya pada yang satu iaitu, Allah. Satu, Laskar Cinta, Hadapi Dengan Senyuman (Dewa19),Sang Pencinta, Bila Rumi Menari, Insan Dan Manikam (M Nasir) dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang dapat menyuluh jalan untuk mendekatkan kita dengan Sang Pencipta.

“Ahmad Dhani juga pernah berkata dia mengidolakan M Nasir kerana lagu-lagu ciptaannya. Secara tak langsung nafas cinta mereka mengalir sesama mereka. Nafas nafas cinta ini juga mengalir ke pendengar mereka seperti saya,”katanya.



Selain itu, kata Namron, perasaan untuk mendalami agama juga terbit dalam hatinya lantaran mendengar lagu-lagu kumpulan ini.

“Terus-terang saya mula mencari tauhid untuk mengesakan Allah sejak sedekad yang lalu. Bila mendengar lagu-lagu mereka, saya jadi tertarik untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Dalam proses mencari itu air mata saya jatuh berderai bila mendengar bait bait liriknya. Saya terasa kecil tak berkuasa. Mendorong saya untuk mendalami ilmu tauhid. Hingga membunuh keakuan yang kukuh bertahta di hati saya.

“Bagi saya, Allah menghantar hidayah melalui mereka yang menjentik hati saya untuk mentauhidkan hanya pada Allah Yang Maha Esa. Mereka juga saya anggap sebagai guru awal saya untuk mengenal Sang Pencipta,”katanya.



Dalam pada itu, kata Namron, dia tidak perlu takut atau bimbang dengan tohmahan netizen yang mungkin tidak sebulu dengan caranya.

“Anda bertanya tak takut ke kalau saya mati ketika di sana nanti? Jawapan saya adalah tidak, kerana saya hanya takut pada Allah yang Esa. Dia yang menentukan di mana dan bila saya akan mati,”katanya.

Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-30 kumpulan Dewa 19 dijadual akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur bermula pada 9 hingga 10 September ini.

Tiket-tiket berharga RM168 sehingga RM488 boleh didapati bermula jam 3 petang ini di laman web https://www.ticket2u.com.my/dewa19.



Selain Dewa 19, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.

Konsert ini mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi, manakala Kesion Malaysia dan EF Media pula selaku rakan media rasmi. Utusan

Namron luah kekecewaan tentang Dewa19


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker