Fazura raih Anugerah Selebriti Paling Cemerlang
Fazura raih Anugerah Selebriti Paling Cemerlang
Pelakon, penyanyi dan juga usahawan terkenal, Fazura melakar kejayaan peribadi selepas diangkat sebagai penerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang (wanita) di majlis anugerah World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards kali ke-3.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diraih.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada insan-insan,, terutama keluarga yang banyak memberi sokongan terhadapnya selama ini.
“Saya bersyukur dan berterima kasih atas pengiktirafan ini dan mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatimah kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada abang saya, Ahmad Faiz yang juga merupakan mentor dan rakan perniagaan saya sejak sedekad lalu (10 tahun). Banyak yang telah kami lalui bersama,” ucapnya.
Pelakon filem Pisau Cukur itu juga tidak melupakan pasukannya, FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi untuk memajukan perniagaan yang diusahakan serta pengurusnya, Iman Tang yang turut sama menjadi tulang belakang dalam kariernya sebagai anak seni.
Ujar Fazura lagi, pengiktirafan yang diraih juga tidak akan dicapai tanpa sokongan daripada penyokong peminat yang membeli produknya.
“Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan dan penyokong saya termasuk peminat/ Saya sangat hargai sokongan dan doa kesayangan semua.
“Sekali lagi terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama. Mudah-mudahan, amin,” tulisnya.
Selain Fazura, majlis pada malam tersebut juga mengiktiraf pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi apabila dijulang sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. K Online
Fazura raih Anugerah Selebriti Paling Cemerlang
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]