Riena tinggalkan Hot FM

Riena tinggalkan Hot FM

Penyampai radio Hot FM, Riena Diana yang mengendalikan segmen Sembang Squad mengundurkan diri daripada stesen radio itu berkuatkuasa hari ini.

Diana atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, pengunduran itu dibuat bagi memberi fokus kepada dua drama yang dibintanginya.

“Ini adalah satu keputusan yang sukar buat saya kerana bidang lakonan dan penyiaran radio adalah dua bidang yang sangat saya cintai.

“Pengalaman di radio banyak mengajar saya meningkatkan skil interaksi dengan pendengar, juga tetamu jemputan. Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mempraktikkan sesuatu watak dalam lakonan. Skil komunikasi saya juga bertambah baik sejak mula ke udara di Hot FM.

“Selepas beberapa kali perbincangan dilakukan antara pihak Hot FM dan produksi, kata sepakat dilakukan, yang mana saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada komitmen lakonan dan penggambaran drama di TV3,” katanya.

Menurut Riena, dia akan merindui kerjaya itu dan berterima kasih kepada semua peminat dan pendengar yang memberikan sokongan.

“Komitmen saya bersama pihak produksi drama mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan dan saya mempunyai beberapa drama lain yang akan bermula tidak lama lagi.

“Jadi, sukar buat saya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada Hot FM berikutan kekangan masa dan tuntutan penggambaran. Lagipun Hot FM juga mempunyai strategi dan perancangan bagi suku ketiga dan keempat tahun ini.

“Ini bukanlah keputusan mudah buat saya, namun ini adalah jalan terbaik yang perlu saya ambil buat masa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya dan pastinya saya akan merindui ruang udara Hot FM,” katanya.

Dalam pada itu, Media Prima Audio (MPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh pelakon itu.

“Pihak pengurusan MPA akan terus menyokong karier dan perancangan masa hadapannya. Hot FM merakamkan setinggi penghargaan, kasih sayang dan terima kasih kepada Riena sepanjang pembabitannya bersama kami,”‘katanya.

Terdahulu Riena memulakan karier sebagai penyampai radio di Hot FM pada awal Februari 2021 menerusi gandingan bersama Fizie & Mark Adam dalam segmen Geng Pagi Hot.

Kemudian selepas berlakunya rombakan di Media Prima Audio, Riena Diana digandingkan bersama Haziq menerusi segmen Sembang Squad sehinggalah Haziq mengumumkan tidak lagi bersama di Hot FM bulan lalu. HM

Riena tinggalkan Hot FM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker