Aksi Amelina, Ani Mayuni & Haiza Nyanyi Lagu Dangdut Buat Peminat Terhibur (Video)

Aksi Amelina, Ani Mayuni & Haiza Nyanyi Lagu Dangdut Buat Peminat Terhibur (Video)

Satu perkongsian milik penyanyi dangdut popular, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin baru-baru ini menarik perhatian ramai warganet di media sosialnya.

Amelina memuatnaik video pendek di mana dia bersama Ani Mayuni dan Haiza beraksi atas satu pentas dengan mendendangkan lagu dangdut popular yang berjudul Secangkir Madu Merah.

Ketiga-tiga diva dangdut era 90’an ini digandingkan bersama bagi membuat persembahan di KIPMall, Melaka pada hari Ahad lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Amelina menulis coretan dan pendedahan yang menarik perhatian ramai peminat ketiga-tiga selebriti terkenal ini.

“Kalau korang nak kenal macam mana perangai kami bila atas stage dulu-dulu masa kami muda sweet 20.. Begini lah juga kami time dah otai..

“Tapi bila time sweet?? Hmm.. Taknak cakap lah. Tugas kami menghiburkan orang tapi sebenarnya kami bila atas stage memang kami spesis yang mudah terhibur,” Coretnya

Peminat Banjiri Ruang Komen

Muatnaik yang dikongsikan Amelina ini mendapat banyak respon di ruangan komen hantaran penyanyi tersebut.

“Legend legend ni”

“3 orang ni memang real dangdut singer kat Malaysia”

“Dangdut juga the best dari dulu” komen mereka

“Wow.. Semua idola dangdut bergabung”

“Semua ratu-ratu trio dangdut”

“Ni memang otai kita lah idola” komen mereka lagi

Memang otai persembahan ratu-ratu dangdut terkenal ni!

Pasti ramai yang merindui ketiga-tiga penyanyi dangdut legend ini. Mr

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Aksi Amelina, Ani Mayuni & Haiza Nyanyi Lagu Dangdut Buat Peminat Terhibur (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker