Syasya Dolla tak nak dedah sebenarnya

Syasya Dolla tak nak dedah sebenarnya

Mungkin ramai tidak tahu salah seorang anggota Dolla, Syasya mewarisi bakat seni daripada neneknya yang juga pelakon drama, Rozie Othman.

Namun, Syasya, 21, tidak gemar menghebohkan perkara itu kerana enggan dikatakan menumpang populariti neneknya yang dikenali menerusi drama Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, Astana Idaman, Abang Muda dan banyak lagi.



Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, neneknya yang banyak membintangi drama tempatan sejak awal lagi sudah mengingatkannya agar berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa.

“Sebelum menceburi dunia seni saya meminta pendapat nenek. Jadi, nenek menasihatkan saya agar tidak menggunakan namanya untuk dikenali.

“Nenek mahu saya berdikari dan membina nama dengan usaha sendiri, tanpa menggunakan gelaran cucu kepada seseorang pelakon yang dikenali.



“Disebabkan itulah, saya kurang berkongsi mengenai nenek kepada pengetahuan umum,” katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, biarpun neneknya tidak lagi aktif berlakon, namun, banyak menitipkan nasihat memandangkan terlebih dahulu ‘makan garam’, meskipun bidang yang diceburi berbeza, tetapi, masih dalam industri kreatif.

“Nenek seorang yang tegas, tetapi banyak menasihati saya bagaimana cara untuk bertahan dalam bidang seni yang penuh pancaroba. Antaranya, jangan cepat melatah apabila membaca komen netizen.

“Selain itu, nenek sering mengingatkan agar jangan membalas kecaman dilemparkan peminat.



“Ini kerana nenek tahu, Dolla menerima terlalu banyak kecaman pada awal kemunculan dahulu. Jadi, nenek menasihatkan saya supaya pandai membawa diri,” kata Syasya lagi.

Ditanya apakah tiada keinginan mengikut jejak langkah nenek bergelar pelakon, anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia mempunyai hasrat melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun, katanya, kesibukan dan komitmen bersama Dolla menyebabkan niat terpaksa diketepikan buat seketika, memandangkan Dolla masih baru dalam industri muzik.

“Saya ada menerima beberapa tawaran, tetapi terpaksa menolaknya kerana jadual kurang sesuai. Tawaran datang ketika Dolla sedang sibuk menyiapkan lagu dan terikat dengan pelbagai kempen.



“Tambahan pula, Dolla memang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti disusun syarikat pengurusan. Namun, insya-Allah jika ada tawaran mungkin saya akan mempertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, berkongsi debaran Dolla Mini Showcase yang bakal berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performace Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada 19 Februari depan, Syasya tidak menafikan sangat berdebar memandangkan persembahan Dolla yang pertama selepas hampir tiga tahun menyertai industri muzik.

Katanya, Dolla kembali memulakan latihan, esok (Rabu) selepas bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Syasya berkata, mereka perlu memberikan tumpuan kepada vokal dan tarian.



Malah, katanya, Dolla juga sedang mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan Ezra Kong.

“Kami berharap hasrat mengadakan mini konsert akan tercapai. Melihat angka jangkitan COVID-19 yang semakin melonjak timbul menimbulkan kerisauan di kalangan anggota Dolla.

“Apakah showcase ini akan menjadi kenyataan? Bagaikan kebetulan pula setiap kali melancarkan lagu baharu pasti angka melonjak sehingga kami tidak berpeluang mengadakan siri jelajah untuk mempromosikan lagu.

“Hinggakan Dolla digelar ‘Puteri Pandemik’. Jadi kami berdoa agar impian menghiburkan peminat akan tercapai. Semoga agar angka jangkitan akan menunjukkan tanda penurunan,” katanya.



Selain Syasya, Dolla yang diangkat sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 turut dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel. BH

Syasya Dolla tak nak dedah sebenarnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker