Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah
Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah
Selebriti popular Neelofa menyifatkan ujian getir yang menimpa pelakon Puteri Sarah sebagai satu perkara yang tidak masuk akal dan sungguh berat untuk dilalui.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, sehingga ke hari ini dia tidak tahu bagaimana Puteri Sarah mempunyai kekuatan dan ketebahan berdepan rintangan tersebut.
“Kami ada banyak berborak mengenai situasi yang menimpa Puteri Sarah sebelum ini.
“Sehingga ke satu tahap saya seperti hilang kata-kata apa yang hendak dicakapkan kepadanya.
“Ini kerana apa yang berlaku terlalu teruk apa yang dilakukan oleh pihak ketiga kepada awak.
Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.
“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” tulis Neelofa menerusi komen yang ditinggalkan dalam hantaran Instagram terbaru Puteri Sarah.
Pada masa sama, pengacara berusia 33 tahun dan isteri kepada pendakwah bebas PU Haris itu menyifatkan, dia sendiri tidak sanggup untuk berdepan situasi tersebut jika masalah serupa berlaku kepadanya.
“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik video temu bual bersama media ketika memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap pihak ketiga iaitu Ira Kazar.
Bukan sekadar didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Syamsul Yusof, Ira juga dikatakan mengganggu kehidupan Sarah sendiri dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi DM (mesej) dalam sosial media menggunakan puluhan akaun palsu yang diciptanya.
Puteri Sarah mewakili peguamnya menfailkan saman terhadap Ira di Mahkamah Sivil pada 26 Jun lalu dan anak kepada pelakon veteran popular, Kazar itu sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan dua hari kemudian.
Dalam tuntutan yang dibuat itu, pelakon drama Cukup Derita itu mahu Ira tampil memohon maaf dan menghentikan gangguan siber yang sudah berlarutan selama empat tahun terhadapnya. K Online
Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam