Karier Nabila Huda terjejas, menjadi semakin pelupa

Karier Nabila Huda terjejas, menjadi semakin pelupa

Risau dengan keadaan diri, pelakon terkenal Nabila Huda mendedahkan dia kini menjadi seorang yang mudah lupa dengan setiap perkara dilakukannya.

Lebih menambahkan kerisauan pemilik nama penuh Nur Nabila Huda Suhaimi, 37 itu, dia khuatir penyakit lupa akan menjejaskan kariernya sebagai pelakon.

“Rasa-rasanya otak saya sudah rosak, sekarang sukar nak ingat dan cepat lupa.

“Tidak ingat di mana letak barang, nak cakap sesuatu pun lupa. Semakin teruk,” katanya dalam satu ciapan Twitter.

Enggan hidupnya dibelenggu dengan perkara tersebut, pelakon filem M4M4 itu memohon pandangan dan pendapat umum bagi menanganinya sebelum penyakit tersebut bertambah teruk.

“Nak makan kismis sudah terlambat. Anda tahu mana-mana makanan tambahan yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?

“Kedengaran kelakar tetapi ini serius. Saya takut kalau cepat lupa, sudah tidak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karier saya,” luahnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memberi tip dan petua bagi membantu masalah lupanya.

Katanya, dia akan mengamalkan pemakanan sihat seperti kurma, buah zaitun, buah fig dan segelas air zam zam selepas bangun tidur. K Online

Karier Nabila Huda terjejas, menjadi semakin pelupa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker