Anna tak kisah dipanggil Melur

Anna tak kisah dipanggil Melur

Aktres kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis, Anna Jobling, 22, mengaku menerima lebih banyak tawaran selepas drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus, mendapat sambutan hangat.

Namun, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman tidak boleh tamak, sebaliknya, hanya boleh menjayakan satu watak utama pada suatu masa.

“Memang banyak tawaran diterima. Malah, ketika masih menjayakan penggambaran Melur Untuk Firdaus pun saya ada dapat ‘job’.

“Sekarang, saya sedang melakonkan watak heroin untuk drama 20 episod terbitan TV3 bersama Amar Baharin, iaitu Terima Kasih Cinta.

“Saya fokus dengan drama ini dahulu. Agak sukar untuk saya berlari ke sana-sini apabila sedang melakonkan watak heroin.

“Sebelum ini, watak sampingan. Jadi, tiada masalah untuk saya melakonkan empat hingga lima watak pada suatu masa,” katanya kepada BH Online.

Melihat semakin banyak kepercayaan dan peluang diberi, Anna bersyukur banyak pihak mula membuka mata terhadap bakatnya.

“Akhirnya, ramai mula sedar. Saya memang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Saya harap akan terus bekerja gigih memperbaiki mutu lakonan saya.

“Saya tidak percaya ramai penerbit yakin saya boleh bawa watak heroin. Saya sangat berterima kasih terutama kepada penerbit Melur Untuk Firdaus.

“Drama ini membuatkan saya betul-betul dikenali. Sebelum ini, saya berlakon sedikit-sedikit sahaja selain aktif dalam bidang peragaan,” katanya yang mahu mengembangkan karier sebagai pengacara.

Sementara itu, gadis yang diperkenalkan menerusi program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/19 ini mengakui tidak kisah lebih dikenali sebagai Melur, berbanding namanya sendiri.

Anna berkata, sapaan Melur itu secara tidak langsung membuktikan penghayatan dan pembawaan dalam drama |Melur Untuk Firdaus, berjaya.

“Saya sangat bersyukur nama itu popular. Saya tidak kisah ramai panggil saya Melur. Ini secara tak langsung memberi makna bahawa peminat suka watak saya sebagai Melur,” katanya.

Anna tidak menyangka kali pertama membawa watak utama dalam drama mengisi slot Lestary TV3 itu, ia mendapat sambutan baik.

“Saya sangat gementar menunggu reaksi penonton. Namun, syukur Alhamdulillah, sambutannya sangat baik sehingga Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Selain popular di TikTok, drama ini ‘trending’ di Twitter setiap hari.

“Ramai hantar mesej peribadi di Twitter menyatakan mereka suka lakonan saya. Peminat beritahu lakonan saya semula jadi.

“Alhamdulillah, saya boleh berlakon dan membuatkan penonton rasa emosi saya,” katanya. BH

Anna tak kisah dipanggil Melur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker