Ambil hak orang, duduklah diam-diam – Puteri Sarah

Ambil hak orang, duduklah diam-diam – Puteri Sarah

KETIKA filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah Syamsul Yusof meledak dan membangkitkan semangat Melayu di pawagam seluruh negara sehingga mencetus trending, ketegangan rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana juga sedang menjadi perhatian ramai.

Selepas melalui banyak episod pendedahan Puteri Sarah tentang kegoyahan rumah tangga yang seolah-olah menunggu waktu untuk nenemukan penyelesaian, konflik pasangan itu seakan-akan sampai ke kemuncak.

Manakan tidak, selepas bertahun-tahun memendam rasa dek memikirkan banyak hati perlu dijaga, akhirnya Puteri Sarah mengambil tindakan sewajarnya apabila bertindak memfailkan saman dan dua aduan berhubung gangguan serta pemerasan diterimanya daripada orang ketiga dalam hubungan mereka.

Kedua-dua tindakan tersebut dilakukan Puteri Sarah pada Khamis lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap orang ketiga yang dimaksudkan iaitu Ira Kazar.

Tindakan tersebut dilakukan pelakon itu untuk memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau media.

“Tujuan mengapa saya lakukan semua ini adalah untuk maruah saya yang sudah lama tercalar dan selama ini saya diamkan.

“Sebenarnya perkara ini tidak akan berlarutan sebegini sekiranya saya tidak diganggu pihak ketiga (Ira) yang mencabar saya. Jadi inilah harinya,” katanya ketika ditemui media di luar pejabat JAIS pada Khamis lalu.

Umum tahu, pergolakan rumah tangga pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu dengan Syamsul sudah berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu.

Puteri Sarah juga mendedahkan, Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak 2019 lagi dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

Keteguhan hati Puteri Sarah menegakkan haknya sebagai wanita memancing sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat dan netizen yang menyokong tindakannya memfailkan saman terhadap Ira.

Benar. Mana-mana pihak yang menjadi orang ketiga atau senang dibahasakan sebagai perosak rumah tangga atau lebih kasar bunyinya, si penyondol, memang layak dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan tidak bermoral mereka.

Maka berbondong-bondonglah kaum wanita hadir menyatakan kebersamaan mereka di belakang Puteri Sarah demi mempertahankan maruah dan harga diri yang sudah lama dihenyak tanpa henti.

“Saya ada membaca mesej-mesej yang dihantar wanita lain yang melalui perkara dan nasib sama seperti saya.

“Saya buat begini untuk mempertahankan hak saya. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam. Tak perlu canang satu dunia. Kacau isteri, keluarga dan orang sekeliling. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam,” kata Puteri Sarah berbaur sinis.

Itu cerita di pihak Sarah, tetapi bagi Syamsul sendiri, dia masih dengan pendirian berdiam diri atas segala kemelut yang melanda rumah tangga dibinanya bersama Puteri Sarah sejak 8 Mac 2014.

Beberapa minggu lalu, sutradara itu menjelaskan, ada sebab dia mengambil pendekatan mengunci mulut. Alasannya, tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.

Tak semua perkahwinan akan berjalan bahagia sampai ke akhir hayat bersama-sama. Ada sesetengahnya berhujung derita, sama seperti apa yang dilalui pasangan itu.

Biarpun menggoncang dunia hiburan dengan perseteruan yang sepertinya akan berakhir dengan perpisahan, namun masih ada peminat mengharapkan mahligai dibina Syamsul dan Puteri Sarah dapat diselamatkan, sekali gus meneruskan kehidupan bersama dua anak mereka, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. K Online

Ambil hak orang, duduklah diam-diam – Puteri Sarah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker