Komposer terkenal dan anak terlantar sakit di hospital
Komposer terkenal dan anak terlantar sakit di hospital
Keadaan kesihatan terkini komposer Datuk Ooi Eow Jin, 84, yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Datin Khaw Lean Kee kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), pada Rabu lalu.
YKAT berkata, Khaw menghubungi pengerusi mereka, Datuk DJ Dave dan memberitahu keluarganya kini berada di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19.
“Isterinya dibenarkan keluar hari ini, namun Eow Jin dan anak mereka, Raymond, 57, masih menjalani rawatan di sana.
“Pihak YKAT sudah pun memberikan sumbangan kewangan berjumlah RM1,000 kepada Eow Jin pada 24 Jun lalu kerana mereka dalam keadaan yang sangat terdesak dari segi kewangan dan kesihatan.
“Tambahan pula mereka dijangkiti Covid-19 dan masih “warded” dan kami sangat bersimpati,” kata DJ Dave.
Menurutnya, mereka ingin melawat tetapi tidak dibenarkan atas faktor prosedur operasi standard (SOP).
“Menerusi perbualan kami, Datin turut meluahkan perasaan sedihnya melihat keadaan suami dan anaknya meskipun di sendiri tak sihat.
“Ini benar-benar menyayat hati kami. Justeru marilah sama-sama kita mendoakan agar Datuk Eow Jin sekeluarga kembali sembuh.
“Datin pula seolah-olah putus harapan melihatkan penderitaan Raymond kerana tak boleh bersama anaknya dalam wad menyebabkan Raymond tak boleh makan sendiri,” kata DJ Dave.
Menurutnya, Datin Khaw meluahkan kesedihan dan kebimbangannya terhadap nasib Raymond.
“Dia tahu anaknya tak makan dan lapar namun tak boleh menyuapkan makan untuk anaknya. Dia mengharapkan kepada jururawat untuk melakukannya.
“Raymond sebelum ini pernah menghidap penyakit tumor otak dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.
Eow Jin pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arsha, Datuk M Nasir dan Rahimah Rahim sebelum disahkan menghidap Alzheimer sejak 2015. HM
Komposer terkenal dan anak terlantar sakit di hospital
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET