MK tak sengaja tayang kemesraan

MK tak sengaja tayang kemesraan

Anggota Kumpulan K-Clique, MK tidak berniat mempamerkan aksi mesra apabila video yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Menjelaskan situasi sebenar, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, memaklumkan insiden berpegangan tangan itu berlaku kerana tergopoh-gapah mengejar masa untuk menghadiri majlis jamuan Aidilfitri.



“Pada masa itu, kami dalam keadaan kelam-kabut kerana sudah terlewat untuk menghadiri sebuah acara. Perkara itu (pimpin tangan) berlaku secara spontan.

“Lagipun, saya dikelilingi anggota keluarga. Di depan, kakak saya, manakala di sebelah adalah adik-adik saya.

“Kalau kata nak tunjuk mesra, belum boleh mesra,” katanya kepada BH Online.

Diasak pertanyaan siapa gerangan wanita itu, jejaka berasal dari Tawau itu bagaimanapun tidak menjawab soalan yang diajukan.



Malah, ketika diminta mengulas status dirinya, MK memberi jawapan selamat.

“Status saya, seorang yang bekerja keras untuk keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin di Dadi Cinema, Pavilion, semalam.

Meskipun enggan mengesahkan atau menafikan gosip yang mengatakan wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti adalah teman istimewa, namun, MK berjanji tidak akan berahsia jika jodohnya sudah tiba.

“Insya-Allah, jika sudah sampai masa dan sudah bersedia, saya tidak akan merahsiakannya. Benda seperti ini akan saya uar-uarkan,” janjinya.



Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita dalam sebuah majlis.

Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam. BH

MK tak sengaja tayang kemesraan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker