Mat Kilau kutip RM23 juta dalam seminggu

Mat Kilau kutip RM23 juta dalam seminggu

Dalam tempoh tujuh hari tayangan filem Mat Kilau berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta.

Sekali gus menjadikan ia filem epik Melayu pertama yang pecah panggung. Rentetan kejayaan itu, ramai penggiat seni tempatan termasuk dalam kalangan penonton mahukan kesinambungan Mat Kilau.

Pengarahnya Syamsul Yusof berkata, Mat Kilau 2 akan ada sama seperti kebanyakan filem dihasilkan sebelum ini.

“Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya sudah semestinya akan ada. Cuma, perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh. Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.

“Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai adakah barisan pelakon utama Mat Kilau dikekalkan, Syamsul berkata ia rahsia.

“Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirahsiakan,” katanya ringkas.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi. HM

Mat Kilau kutip RM23 juta dalam seminggu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker