Alya Iman pisau cukur? Ini kata bekas kekasihnya

Alya Iman pisau cukur? Ini kata bekas kekasihnya

Dua tahun bercinta, pelakon Alya Iman mengesahkan hubungannya dengan duda anak dua, Ridhwan Rosli sudah berakhir, Ramadan lalu.

Sehubungan itu, Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 21, memutuskan untuk tidak terikat dengan sebarang hubungan kerana mahu lebih fokus dengan kerja.

“Saya kini single. Hubungan berakhir sejak bulan puasa lalu. Walaupun tiada sebarang ikatan, namun, hubungan saya dan Ridhwan masih baik.

“Status sekarang adalah ‘not available’. Saya tiada masa untuk menjalinkan hubungan kerana mahu lebih fokus pada karier,” katanya kepada BH Online.

Mengenai tindakan bekas kekasih yang mempertahankannya dengan menafikannya seorang ‘pisau cukur’ seperti yang dimuat naik dalam Instagram (IG) Story, Alya yang juga anak kepada pelakon filem Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha mengakui terharu dengan penjelasan Ridhwan itu.

“Terpulanglah nak percaya atau tidak apa yang ditulis Ridhwan. Jangan buat saya menangis,” jelas Alya ketika ditemui pada majlis pratonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, semalam.

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama Bloombordia menyaksikan Alya bergandingan dengan Nora Danish, MK K-Clique, Yassin, Sham Visa, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan di platform Astro First, 7 Julai ini.

Sementara itu, mengulas sikap netizen masih terus menghukumnya dengan melemparkan kecaman berikutan kontroversi lalu, pelakon drama bersiri Bukan Kahwin Paksa itu menerimanya dengan hati terbuka.

“Sampai hari ini, orang masih panggil saya itulah, inilah. Saya tiada kuasa nak halang netizen untuk berkata apa sahaja.

“Sebagai seorang pernah ditularkan, saya terima apa sahaja kata netizen dengan hati terbuka.

“Benda nak jadi, kenalah terima. Tetapi, saya percaya, setiap ujian pasti ada hikmahnya,” ungkapnya.

Terdahulu, Alya yang juga model Muslimah ini pernah mencetuskan kontroversi panas bertunang dengan suami orang hingga dilabel perosak rumah tangga. BH

Alya Iman pisau cukur? Ini kata bekas kekasihnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker