Takut Jugak Bila ‘Kantoi’ Nanti, Ayda Jebat Dedah Bakal Lahirkan Anak Perempuan [VIDEO]

Takut Jugak Bila ‘Kantoi’ Nanti, Ayda Jebat Dedah Bakal Lahirkan Anak Perempuan [VIDEO]

Pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan sekitar penghujung bulan depan ialah perempuan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah video berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Wuvv Show.

Perkongsian berita gembira itu turut disaksikan anggota keluarga mereka di rumah termasuk teman-teman rapat secara dalam talian.

“Saya lega sebenarnya selepas memberitahu keluarga tentang jantina anak kami kerana sudah lama saya dan isteri menyimpan rahsia ini. Kalau di rumah, apa-apa barang yang kami beli untuk bayi, kami akan sorok dalam bilik.

“Takut juga bila ‘kantoi’ nanti. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami membuat pengumuman sekitar dua hari lalu dan keluarga sangat gembira apabila mengetahui anak kami nanti adalah perempuan,” kata Nabil.

Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 29, ketika ditemu bual Kosmo! Online secara dalam talian turut memberitahu bahawa dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).

“Saya memilih untuk bersalin secara pembedahan. Sebenarnya tiada sebab apa pun, cuma saya memang ingin bersalin secara pembedahan selepas disahkan hamil.

“Doktor pun ada tanya dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat,” katanya.

Awalnya pelantun Parah Parah itu dijadualkan bersalin pada 8 Oktober nanti, namun disebabkan dia memilih untuk bersalin secara pembedahan, proses kelahiran akan dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Disoal tentang nama pilihan untuk permata hatinya, Ayda dan Nabil telah mempunyai beberapa pilihan, namun masih belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Sepatutnya dah kena pilih nama anak. Tapi kami masih belum tahu lagi nama apa nak letak. Selalunya orang akan gabungkan nama suami isteri, tapi kami tidak. Belum ada sebarang keputusan nanti.

“Tapi yang pasti, nama anak kami nanti akan membawa makna yang baik-baik,” ujarnya.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nabil pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

Takut Jugak Bila ‘Kantoi’ Nanti, Ayda Jebat Dedah Bakal Lahirkan Anak Perempuan [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker