Casablanca cetus fenomena di media sosial

Casablanca cetus fenomena di media sosial

Lagu dan muzik video “Casablanca” nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu kini mendapat tontonan lebih 5 juta di YouTube selain dilayari lebih 2.4 juta kali di Spotify.

Ia mencetuskan fenomena apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial seperti di aplikasi TikTok dan Instagram.

Lagu itu diterbitkan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media dengan liriknya dicipta Daqmie dan Abdul Karim Al Ali manakala produser, Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie.

Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music Encik Amir berkata, pencapaian itu cukup membanggakan, bukan saja untuk syarikat rakaman tetapi juga untuk penyanyi dan juga lagu “Casablanca” itu sendiri.

“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yang luar biasa,” katanya dalam kenyataan.

Ketika artikel ini ditulis, lagu berkenaan menerusi tanda pagar #casablancachallenge juga telah menerima tontonan mencecah 14.1 juta di TikTok.

Tidak cukup dengan itu, lagu “Casablanca” mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesia dan juga menduduki tempat ke-13 Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify.

Selain itu, lagu berkenaan juga mendapat kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits manakala di aplikasi Apple Music Top 100, “Casablanca” menduduki tempat kedua.

Sementara itu, Nuha berkata, dia tidak menjangkakan lagu “Casablanca” mendapat tempat yang hebat dalam kalangan peminat di Indonesia.

“Saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu ‘Casablanca’ sudah sampai ke tahap ini dan dalam masa sama saya teruja dengan projek akan datang, pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.

“Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja daripada peminat tanah air tapi juga Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Naufal turut menyatakan kesyukurannya kerana dia tidak pernah menjangka lagu “Casablanca” boleh mencetuskan fenomena luar biasa.

“Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah Tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka, terima kasih Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, Naufal berkata dia kini sudah mula diikuti peminat baharu.

“Sebelum ini ramai juga yang ‘unfollow’ atau pun menjauhkan diri daripada saya, tapi Alhamdulillah, selepas keluar lagu ‘Casablanca’, ‘follower’ yang baru hadir.

“Insya-Allah, saya akan menjaga semua yang ada dengan saya dari dulu hingga kini, tidak lupa juga kepada semua yang baru mengenali saya…saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya. FMT

Casablanca cetus fenomena di media sosial


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker