Ayu Ting Ting masih seksi biarpun selesai kerjakan umrah

Ayu Ting Ting masih seksi biarpun selesai kerjakan umrah

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran penyanyi dangdut terkenal Ayu Ting Ting bersama kelab peminatnya, Aytinglicious menuai kritikan netizen selepas penyanyi itu tampil dengan pakaian mencolok mata.

Dalam majlis tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu tampil dengan memakai gaun berwarna biru muda tanpa lengan.

Bahkan bahagian bawah gaun tersebut juga kelihatan agak seksi kerana mempunyai belahan sehingga ke paras paha.

Gambar-gambar di sekitar majlis ulang tahun kelahiran Ayu yang dimuat naik dalam Instagram miliknya terus ‘diserbu’ netizen yang mengkritik pakaiannya memandangkan penyanyi itu baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

“Ayu baru pulang umrah. Bajunya sudah cukup sopan, tapi sayang skirtnya terbuka sehingga ke paha,” kata seorang peminatnya.

“Lakukan ibadah umrah yang sia-sia. Pulang ke Indonesia masih tetap sama,” kata seorang lagi netizen.

Biarpun teruk dihentam, sehingga kini Ayu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau membalas kritikan netizen. Dia sebaliknya memilih sikap mengunci mulut. K Online

Ayu Ting Ting masih seksi biarpun selesai kerjakan umrah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker