Disney didakwa mohon maaf kepada Johnny Depp



Disney didakwa mohon maaf kepada Johnny Depp

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp didakwa menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney bersama tawaran berjumlah AS$301 juta (RM1.3 bilion) untuk kembali berlakon sebagai Jack Sparrow dalam francais filem Pirates of the Caribbean.

Menurut majalah India Today, kerjaya lakonan Depp sebelum ini terjejas susulan kes saman fitnah oleh bekas isterinya, Amber Heard. Depp tidak lagi menerima tawaran berlakon dalam filem Hollywood selepas itu.

Filem seperti Fantastic Beast 3 dan Pirates of the Caribbean turut menggugurkan nama Depp. Bagaimanapun, para peminat pelakon itu baru-baru ini menggesa agar Disney membuat permohonan maaf kepada Depp.

“Saya tahu bahawa ada syarikat menghantar bakul hadiah beserta surat yang menyentuh perasaan, namun tidak pasti bagaimana ia diterima oleh Depp.




“Apa yang boleh saya katakan adalah Disney telah menghasilkan draf untuk sebuah filem mengenai Jack Sparrow, jadi mereka amat berharap Depp dapat memaafkan mereka dan kembali kepada watak ikonik itu,” kata satu sumber rapat kepada laman gosip hiburan Poptopic.com.

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai perkara tersebut daripada pihak Depp atau pengurusannya, manakala artikel tersebut juga dikatakan agak sukar untuk dipercayai.

Depp sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan kembali berlakon sebagai Jack Sparrow dalam francais Pirates of the Caribbean meskipun dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. K Online

Disney didakwa mohon maaf kepada Johnny Depp


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup



Leave a Reply

Your email address will not be published.