Sharifah Amani dah bertunang

Sharifah Amani dah bertunang

SIBUK peminat sedang berteka teki, pelakon Sharifah Amani umum kini sudah bertunang dengan teman istimewanya di laman sosial Instagramnya.

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 36, sebelum ini pernah beberapa kali membuat perkongsian memperlihatkan sosok teman istimewanya itu sekaligus menjadi perbualan hangat warganet.

“Tahu-tahu dapat tunang (Know-know got fiancé). Alhamdulillah. selangkah lebih dekat (one steps closer). sampai bila-bila (till when when),” tulisnya diruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan rakan artis mengucapkan tahniah di atas pertunangan pasangan tersebut.

“Congrats kak!,” ucap rakan artis Elfira Loy.

“Wahh tahniah dik! Happy to hear this (Gembira mendengar ini).

“Yeahh Go! Go! Cili padi jangan lupa pergi spa segar-segar bugar-bugar tau! Alhamdulillah yeah! YaAllah kau berkatilah dan rahmatilah hubungan mereka berdua.

“Yasss! he put a ring on it! Congrats Nani!,” tulis segelintir warganet di ruang komen.

Sebelum ini, nama Sharifah Amani menjadi perbualan hangat apabila telah beberapa kali memuat naik gambar bersama dengan lelaki tersebut tanpa menunjukkan wajahnya. Sehingga kini semua masih tertanya- tanya dan belum ketahui identiti sebenar jejaka bertuah tersebut.

Untuk rekod, sekitar 12 tahun lalu pernah bermain cinta dengan seorang jejaka Inggeris yang dikenali sebagai Gavin.

Sempat muncul ura-ura kedua-duanya ingin membawa hubungan tersebut ke fasa selanjutnya iaitu berkahwin namun tidak kesampaian. Utv

Sharifah Amani dah bertunang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker