Alica Schmidt mahu dikenali sebagai bintang sukan bukan porno

Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno

Alica Schmidt, atlet jelita Jerman yang pernah menolak tawaran majalah PlayBoy menegaskan, dia mahu dikenali sebagai bintang sukan dan bukan model.

Berusia 23 tahun, Schmidt yang pernah mendapat julukan ‘atlet paling seksi di dunia’ berkata, imejnya sebagai atlet sukan sangat penting.

Schmidt merupakan anggota simpanan kuartet 4×400 meter (m) campuran Jerman pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, namun dia tidak diturunkan, sebaliknya lebih glamor kerana penampilannya.



Dia semakin mencuri tum­puan selepas keluar bersama bintang penyerang Brazil, ­Neymar bulan lalu, selain sering menerima tawaran peragaan.

Schmidt memuat naik gambarnya bersama Neymar di ­Instagram dan menulis, ‘Adakah kami perlu berlumba antara satu sama lain?’

“Semua ini (menerima ­tumpuan) adalah momen dan pengalaman yang saya sangat hargai.

“Bagaimanapun saya mahu dikenali sebagai atlet dan bukan seorang model.



“Saya mahu memberi inspirasi kepada orang muda dan memberi mereka gambaran tentang sukan saya yang indah,” katanya kepada akhbar harian Jerman, Bild.

Menurut Schmidt, dia menyasarkan untuk memenangi pingat dalam acara 400m pada Kejohanan Olahraga Jerman di Berlin hari ini.

Dia juga mahu memburu pingat emas dalam acara berganti-ganti serta individu pada Kejohanan Eropah di Munich ­akhir hujung tahun nanti. Utusan

Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker