Tiket Wings malam kedua ‘licin’ dalam tempoh lima minit

Tiket Wings malam kedua ‘licin’ dalam tempoh lima minit

Jika tiket malam pertama Konsert Wings di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) terjual dalam tempoh 15 minit, tiket malam kedua pula lebih cepat, hanya mengambil masa lima minit.

Wings menjadi artis pertama pilihan Shiraz Projects membuka tirai persembahan Fabulous Friday di DFP selama dua hari pada 15 dan 16 Julai depan.



Vokalis Wings, Datuk Awie berkata, dia sangat bersyukur Konsert Wings mendapat sambutan luar biasa apabila tiket hari kedua terjual dalam masa lima minit, jam 10 pagi tadi.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih ibu bapa, keluarga, wartawan dan penyokong yang sentiasa berdiri teguh bersama Wings dalam susah senang,” katanya kepada BH Online.

Tambah Awie, dia bersyukur Wings masih diberi peluang menghiburkan penyokong mereka.

“Semoga kami sentiasa dilindungi daripada perkara tidak elok, sakit atau apa sahaja yang tidak boleh menggugat persembahan selama dua malam.



“Wings akan terus berusaha untuk memberikan corak persembahan yang berlainan kepada penyokong Wings.

“Terus doakan yang baik-baik. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terbabit secara langsung atau tidak dalam perjalanan Wings ini.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata, Wings akan melakukan sedikit perubahan untuk konsert selama dua malam ini.



“Kami sudah susunkan lagu yang betul-betul jarang dimainkan. Ada antaranya tidak pernah dimainkan langsung.

“Kami akan berikan pada malam berkenaan, insya-Allah,” katanya.

Selain Awie selaku vokalis, konsert itu turut akan dijayakan anggota Wings lain seperti Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar). BH

Tiket Wings malam kedua ‘licin’ dalam tempoh lima minit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap



“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker