Gigi rongak, Aaron Aziz masih dipuji kacak

Gigi rongak, Aaron Aziz masih dipuji kacak

Gara-gara kejadian tidak disengajakan semasa di lokasi penggambaran, separuh gigi hadapan pelakon Datuk Aaron Aziz patah dan rongak.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron, 46, menunjukkan keadaan gigi hadapannya yang patah akibat kejadian yang berlaku membabitkan seorang pelakon lagak ngeri.

“Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon kena bersedia jika gigi patah,” katanya menerusi sebuah video.

Ujar pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, kemalangan kecil itu berlaku secara tidak sengaja melibatkan seorang pelakon lagak ngeri di lokasi penggambaran.

Walaupun kehilangan gigi, Aaron tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana menganggap perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia lakonan.

“Stuntman (pelakon lagak ngeri) tidak sengaja. Jadi tiada siapa hendak disalahkan. Saya saja mahu kongsi wajah buruk saya. Yang penting saya masih stylo (bergaya),” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon filem Ombak Rindu itu masih mendapat pujian peminatnya yang memujinya masih lagi kelihatan kacak walaupun dalam keadaan gigi rongak.

“Tetap kacak walaupun gigi patah,” puji seorang peminatnya.

“Tak mengapa bang. Tetap nampak kacak dan jambu,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Menerusi sebuah hantaran terkini, difahamkan Aaron telah pun membaiki semula giginya yang patah selepas mendapatkan khidmat daripada seorang doktor gigi di Setia Alam. K Online

Gigi rongak, Aaron Aziz masih dipuji kacak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker