Minta izin ibu sebelum muat naik kandungan – Nabila Razali

Minta izin ibu sebelum muat naik kandungan – Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui dia akan meminta kebenaran daripada ibunya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perkongsian termasuk gambar di dalam media sosial.

Menurut Nabila, dia tidak akan memuat naik apa-apa kandungan sekiranya tidak mendapat keizinan daripada ibunya, Shamsidah Abd. Rahman agar tindakannya itu kelak tidak melanggar sensitiviti umum.



“Selepas menerima kecaman berhubung baju renang yang dipakai menerusi Direct Messege (DM), saya segera bertanya ibu.

“Ibu sendiri tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan pada masa tersebut,” katanya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata, jika ahli keluarganya menyifatkan penampilannya tidak sesuai, dia akan segera memadam gambar tersebut dalam akaun media sosialnya.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata, baju renang yang dipakainya diperbuat daripada fabrik tebal dan tidak menampakkan auratnya.



“Saya yakin material baju renang itu cukup tebal dan langsung tidak menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya dah lali dengan benda ini (kecaman) semua.

“Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran tetapi berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan jangan sampai membabitkan keluarga kerana itu sudah melampau,” katanya lagi.

Terdahulu, gambar Nabila mengenakan pakaian renang ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Terengganu menjadi kecaman netizen kerana menyifatkan penyanyi itu tidak sensitif dengan aurat. K Online

Minta izin ibu sebelum muat naik kandungan – Nabila Razali




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]



Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker