Ellie Suriaty rasa Azri Iskandar terjerat ‘love scam’

Ellie Suriaty rasa Azri Iskandar terjerat ‘love scam’

PELAKON dan penulis skrip tersohor tanah air, Ellie Suriaty meluahkan rasa terseksa melihat keadaan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar, 54, yang berkemungkinan terkena penipuan cinta ataupun ‘love scam’.

Terdahulu, Azri mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.

Walau bagaimanapun, Ellie, atau nama sebenarnya Elly Suriaty Omar, 52, berkata bahawa sehingga kini, identiti wanita yang dikenali sebagai Dr. Azra ini masih belum dikenal pasti dan dia memohon agar kekasih kepada bekas suaminya itu untuk tampilkan diri.

Ellie juga turut menyatakan bahawa anak-anak dan rakannya juga sudah membuat pencarian di Internet, malah tidak jumpa sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan.

“Anak-anak dan rakan-rakan saya dah buat carian di Internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia (Dr. Azra). Siapakah dia yang sebenarnya?

“Adakah dia ‘scammer’ atau peminat? Saya tidak tahu apa permainan dia. Kalau betul bercinta, jangan menyorok.

“Bagi, saya Dr. Azra ni perlu munculkan diri dia. Saya sudah hidup lama dengan Azri.

“Saya tak kisah kalau dia mencintai Azri. Saya terseksa tengok Azri ni. Sebab Azri ni lebih daripada ini. Jadi, kepada Dr. Azra, tolong tampilkan diri.

“Walaupun saya dah bercerai, saya tak berdendam. Malah, saya terseksa tengok Azri macam ni,” katanya kepada URTV.

Tambah Ellie, dia menganggap keruntuhan rumah tangga yang dialaminya bersama pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu sebagai satu ujian dan tidak simpan sebarang dendam terhadapnya.

Pelakon Malaysian Ghost Stories ini juga turut mendoakan agar wanita berkenaan akan ikhlas bersama dengan bekas suaminya itu.

“Dalam hidup ni, kita harus bersedia dengan macam-macam ujian. Tapi saya tak pernah hukum dia (Azri) pun. Saya halalkan dan ikhlaskan semua.

“Kalau dia nak bernikah. Pergilah nikah. Saya doakan yang terbaik untuk dia.

“Saya harap orang yang bersama dengan dia akan betul-betul ikhlas dengan dia. Janganlah menyorok-nyorok. Sebab yang menyorok-nyorok ni kerja orang pengecut,” ujarnya.

Ellie berkata demikian apabila ditemui pada upacara Tayangan Perdana Filem Mat Kilau di GSC Starling Mall, malam semalam.

Ellie juga turut mengakui bahawa dia tidak boleh membenci bekas suaminya itu, namun juga tidak berhasrat merujuk kembali untuk bersama dengannya semula.

“Saya tak boleh benci Azri. Saya sudah hidup dengan dia lama.

“Tapi kalau kata nak rujuk tu. Mungkin tidak,” ujarnya.

Untuk rekod, Ellie dan Azri bernikah pada 2003, namun bercerai pada 17 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13. Utv

Ellie Suriaty rasa Azri Iskandar terjerat ‘love scam’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker