Anak dapat dua A, Shiera dah suka

Anak dapat dua A, Shiera dah suka

Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah bangga dengan pencapaian anaknya, Airell Zulkifly yang memperoleh keputusan A dalam dua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan, hari ini.

Airell yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati (SMKTM) memperoleh A+ dalam subjek Bahasa Inggeris dan A bagi Matematik.



Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mengaku dia bukanlah ibu yang suka memaksa anak dalam pembelajaran dan menerima setiap keputusan peperiksaan mereka dengan terbuka.

“Saya tidak menekan anak-anak untuk cemerlang sebab saya tahu keturunan saya bagaimana. Walau apa keputusan yang diperoleh, saya tetap bangga.

“Saya cakap pada anak, jangan tengok pada keputusan. Apabila membesar, jadilah insan yang membantu orang. Tidak kisahlah bawa Grab sekalipun, ia adalah pekerjaan yang membantu orang.

“Kalau tiada perkhidmatan Grab, kita tak dapat makanan yang dibeli.



“Jadi, walau gaji kecil macam mana pun, orang hina kita tak mengapa, janji kita kena hidup membantu orang. Maksudnya, jangan tidak bekerja langsung.

“Kalau dapat keputusan cemerlang pun tetapi berlagak dengan hidup awak, tak guna juga,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi mengenai keputusan diperoleh Airell, Shiera bersyukur anaknya cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Paling saya terkejut Matematik pun A. Saya ini, Matematik lemah. Alhamdulillah, dia tak contohi emaknya. Mungkin disebabkan pandemik COVID-19, dia banyak mengulang kaji.



“Subjek lain semuanya lulus… Alhamdulillah,” katanya.

Shiera menambah, Airell berminat dalam bidang muzik. Justeru, dia memberi sokongan jika Airell berminat menyambung pengajian dalam bidang itu.

“Saya katakan kepadanya, kalau hendak belajar muzik, carilah mana-mana tempat, saya boleh tolong. Saya nampak dia minat muzik, anime dan permainan video,” katanya. BH

Anak dapat dua A, Shiera dah suka




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker