Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini

TANAH mana lagi yang belum Wings terokai dengan muzik dan jiwa mereka. Sudah sepelosok tempat, daerah dan perjalanan Wings bawakan lagu-lagu serta kecintaan mereka terhadap dunia seni.

Sudah banyak tanah dan udara ikut mendengar sekali lagu-lagu hit mereka yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Namun, untuk penambahan portfolio, sebuah konsert lagi bakal tertanda dalam senarai lokasi konsert-konsert Wings dan ini bakal menyaksikan sebuah persembahan yang berbeza dan ‘enhanced’ dari Wings.

Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Dibawakan dalam rangkaian senarai Fabulous Friday yang dianjur Shiraz Projects Sdn Bhd, Wings bakal bertemu para peminat pada 15 Julai 2022, Jumaat pada jam 8.30 malam.

Fabulous Friday merupakan sebuah acara muzik yang dianjurkan oleh pihak Shiraz di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, dan Wings merupakan artis buka panggung acara ini yang dijadualkan bakal berlangsung setiap bulan dengan pemilihan selebriti tempatan dan luar negara.

Buat Shiraz yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, kerjasama dengan Wings di sebuah lokasi yang berprestij dan dikenali dengan sistem bunyi yang sedap merupakan impian pihaknya.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa Wings sudah menjelajah serata tempat dengan lagu-lagu serta persembahan mereka yang senantiasa ditunggu-tunggu para peminat.

“Adalah satu penghormatan dan keterujaan buat kami untuk berkolaborasi bersama kumpulan legenda ini untuk memberikan sebuah persembahan dengan aura dan konsep yang berbeza di DFP.

“Pastinya para peminat tidak sabar menantikan Wings dalam suasana ruang DFP yang kita tahu memberikan ketenangan dan ambience yang berbeza.

“Wings pastinya menghangatkan ruang DFP!” ujar Shiraz.

Faktor pemilihan lagu-lagu akan menjadi sebuah momen yang mencabar untuk menjadikan senarai dalam persembahan DFP dan pastinya Wings akan tampil dengan sebuah persembahan yang bakal menjadi kenangan bersejarah lagi buat para peminat Wings khususnya.

Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert di kala industri baru beransur pulih dari pandemic COVID-19.

Tiket-tiket berharga RM650 (Meet and Greet), RM375 (Diamond) dan RM250 (platinum) boleh diperolehi mulai 16 Jun 2022 di www.mpo.com.my

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker