Selepas Dolla, The Gadys pula sakan bergelek (Video)

Selepas Dolla, The Gadys pula sakan bergelek (Video)

BELUM habis isu kecaman terhadap kumpulan Dolla susulan video tarian ‘twerk’ yang membabitkan ahlinya iaitu Sabronzo di TikTok baru-baru ini, kumpulan The Gadys turut berkongsi video tarian seksi di laman sosial itu yang jelas mengundang kritikan netizen.

Perkongsian video yang menampilkan empat orang ahli kumpulan itu berpakaian seksi sambil melakukan tarian gelek ditempelak netizen seolah-olah mahu meraih publisiti daripada khalayak.

Rata-rata netizen juga turut membuat persamaan tindakan kumpulan baharu itu seperti kontroversi yang melibatkan Dolla sebelum ini.

“Dua kali lima macam Dolla,” komen salah seorang netizen.

“Follow lah diorang cepat weh diorang nak followers tu,” tulis @Auchx. pada ruangan komen video.

“Akak kad pengenalan (IC) Islam kan nak saya jahit baju tu tak? Kat rumah saya ada banyak sangat benang kalau nak order bagitau tau..,” perli salah seorang netizen.

“Sedih tengok pakaian,” tulis salah seorang pengguna Tiktok pada ruangan komen.

Segelintir netizen turut mendoakan agar kumpulan wanita yang dianggotai oleh Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini itu akan diberi hidayah untuk menutup aurat pada masa akan datang.

“Sekarang memang trend pakai baju (top) nampak perut ke sis? Cantik-cantik semua… InsyaAllah saya selalu doakan korang perlahan-lahan (slow-slow) berubah ke arah yang lebih baik…amin,” komen @fazfuzzy84.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian yang dimuat naik lima jam yang lalu itu meraih lebih 167 ribu jumlah tontonan beserta lebih 12 ribu jumlah tanda suka dan 55 komen.

Sekadar info, The Gadys mempunyai lebih 175 ribu pengikut di Tiktok. Utv

Selepas Dolla, The Gadys pula sakan bergelek (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker