Harris Anuar kini suami orang

Harris Anuar kini suami orang

Selepas empat tahun menyulam cinta dalam diam, pelakon Harris Anuar akhirnya bergelar suami kepada pelakon serta model Asha Merican pada majlis pernikahan yang berlangsung pada petang semalam.

Dalam majlis tersebut, Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Anuar dan Asha selamat disatukan hanya dengan sekali lafaz.

Harris juga memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Asha dalam majlis pernikahan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga dan beberapa teman rapat Harris antaranya aktor popular Hun Haqeem.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Harris kelihatan sebak saat dicium oleh ibunya yang juga seorang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton sejurus selesai majlis akad nikah.

Dalam sekeping gambar perkahwinan yang dimuat naik dalam Instagramnya, Harris mendedahkan tentang hubungan mereka.

“Selepas empat tahun bercinta dalam diam. Assalamualaikum isteriku Asha,” tulis Harris.

Harris yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2017/2018 sempat berkongsi tentang perjalanan percintaannya menerusi klip video pra perkahwinan dengan kapsyen, After 4 Years.

Sebelum majlis perkahwinannya, Harris dan Asha langsung tidak pernah berkongsi tentang kisah peribadi mereka kepada umum.

Meskipun berita perkahwinan mereka agak mengejutkan, namun Harris dan Asha dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis. K Online

Harris Anuar kini suami orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker