Amy menangis selepas konsert

Amy menangis selepas konsert

“Saya menangis sepanjang pagi Isnin sebab terlalu sebak,” demikian luahan vokalis kumpulan Search, Amy apabila diminta berkongsi perasaan selepas mengadakan Konsert Search Endemik 2022 pada 4 dan 5 Jun lalu.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, keterujaan itu juga membuatkannya menangis, keesokan hari.

“Jujurnya, ia adalah dua malam yang penuh emosi. Pada Isnin, saya menangis kegembiraan sepanjang hari dan berkongsi kegembiraan dengan mereka yang terbabit dalam konsert ini.

“Kerana sepanjang perjalanan untuk merealisasikan konsert, macam-macam perkara berlaku. Kotak suara saya luka kerana terlebih latihan.

“Saya sangat takut ia mengambil masa untuk sembuh dalam usia ini. Malah, sebelah telinga saya juga tidak dengar.

“Saya bergegas bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan. Dan lebih teruk, semua anggota Search demam dan tekak berpasir,” katanya kepada BH Online.

Amy berkata, dia bersyukur akhirnya konsert berjalan dengan baik.

“Semua orang beremosi. Malam pertama cukup dinantikan, semua orang tersenyum atas pentas.

“Malam kedua juga berjalan dengan baik, Alhamdulillah.

“Konsert Search Endemik 2022 adalah acara yang berlangsung pada waktu tepat dengan judul tepat iaitu endemik.

“Endemik ini juga adalah idea isteri, Norhasniza Hassan atau Nourish selaku penerbit eksekutif. Dialah yang menguruskan segala persiapan dari awal hingga akhir dan memastikan semuanya teratur,” katanya.

Amy ditemui pada majlis pelancaran buku Kejora oleh Ashikin M di Metal Studio, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Amy menzahirkan kesyukuran apabila konsert yang hanya menjalani persiapan selama sebulan setengah itu berjalan dengan lancar.

Bapa kepada aktres dan pengacara, Nabila Huda itu berkata, persediaan produksi sesebuah konsert kebiasaannya mengambil masa enam bulan untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik.

“Persediaannya dimulakan sejak hari raya keempat dan pada ketika itu, kami baru sahaja selesai merakamkan dua single baharu, Endemik I dan Endemik II.

“Biasanya, persediaan produksi konsert memakan masa lebih enam bulan. Walaupun ini memang kerja ‘gila’, saya sangat berterima kasih kepada Nourish,” katanya.

Dalam pada itu, Amy berkongsi kegembiraannya dapat bertemu dengan keluarga Allahyarham Yazit Ahmad pada hari pertama konsert itu.

“Turut hadir, isteri arwah, Ramlah Mat dan anaknya, Shafiqa Nurlis. Kehadiran mereka membawa kegembiraan bukan sahaja kepada saya, bahkan semua anggota Search,” katanya.

Terdahulu, Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur. Konsert berlangsung selama lebih dua jam dengan dendangan 22 lagu itu ‘full house’ selepas semua tiket habis terjual.

Selain Amy, gabungan tiga lagi tonggak kumpulan prolifik itu iaitu Hillary Ang dan Man Kidal dan Nasir Daud yang turut menggamit memori penonton menelusuri masa kembali ke era silam. BH

Amy menangis selepas konsert


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker