Syafiq Kyle seram tengok lakonan sendiri?

Syafiq Kyle seram tengok lakonan sendiri?

Aktor kacak, Syafiq Kyle, 29, sentiasa mempunyai rasa kekurangan yakin untuk menonton naskhah lakonannya.

Bintang yang menempa nama menerusi drama rantaian Nur ini sering merasakan dirinya mempunyai banyak kekurangan dalam lakonan.

Disebabkan itu, Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak itu berkata, dia berusaha memperbaiki kualiti lakonan dengan menghadiri kelas lakonan bersama guru berpengalaman.

“Saya sentiasa merasakan perlu membuat lebih baik, ia adalah disebabkan saya ada perasaan ‘insecurity’ yang sangat tinggi. Jika saya menjayakan sesuatu naskhah, saya rasakan ia tidak menarik atau tidak menyenangkan, saya sendiri rasa tidak mahu menontonnya.

“Mungkin orang cakap saya lebih selektif dalam pemilihan watak. Tetapi, jika tidak memilih, saya akan lebih banyak berfikir. Ia juga akan membuatkan saya tidak mahu melihat drama lakonan saya.

“Ada masanya saya tidak mahu bertemu orang sebab merasakan lakonan tidak cukup bagus.

“Disebabkan mempunyai sikap ‘overthinking’ dan ‘insecurity’, saya usaha memperbaiki lakonan dengan menghadiri kelas. Walaupun ia tidak cukup bagus, sekurang-kurangnya saya berusaha, tidaklah bekerja sambil lewa dengan kepercayaan yang peminat berikan,” katanya kepada BH Online.

Tambah Syafiq, bukan dirinya sahaja yang mempunyai rasa sebegitu. Baginya, setiap pelakon, mempunyai perasaan kurang yakin dan gelisah, cuma bezanya banyak atau tidak.

“Pernah ada rakan pelakon berkongsi perkara sama dengan saya. Dia tidak boleh nak melihat lakonannya. Dia boleh pengsan dan gelisah apabila tengok orang ramai menonton lakonannya.

“Disebabkan itu, saya percaya setiap pelakon ada perasaan ‘insecurity’, sebab saya pun sama. Namun, syukur, saya tahu bagaimana mahu mengatasinya iaitu dengan menghadiri kelas lakonan.

“Cara ini sangat membantu saya di lokasi penggambaran,” katanya.

Bagi Syafiq, kelas lakonan penting buat seseorang pelakon kerana ia tidak hanya membantu menjiwai sesebuah watak, malah membina keyakinan diri dan mengurangkan masalah di lokasi penggambaran.

“Saya tidaklah bagus melakonkan sesebuah watak. Disebabkan tidak bagus, pandai dan bijak dalam lakonan, saya kena membuat persediaan bekerja dengan pelakon berpengalaman.

“Salah satu caranya, bukan usaha besar adalah menyertai kelas. Dari situ, saya dapat tahu asas dan apa yang nak buat sepanjang penggambaran.

“Seperti saya, sehingga hari ini masih menghadiri kelas lakonan. Saya tidak terikat dengan seorang guru sahaja. Antaranya, Aloy, Farid Ramli, Fatimah Abu Bakar, Ellie Suriaty dan Ayam Fared.

“Saya tidak terikat dengan seorang guru kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza. Sebenarnya, ramai guru di Malaysia yang nak berkongsi ilmu, tetapi pelajar tidak mahu belajar,” katanya.

Syafiq ditemui pada majlis pratonton drama terbaharunya, Seribu Nina di Dadi Cinema, baru-baru ini.

Berkongsi peranannya sebagai tunjang utama dalam drama Seribu Nina, Syafiq berkata, wataknya sebagai Amar memaparkan sisi lakonan berbeza.

“Selalunya, saya akan bawa satu karakter dalam sesebuah naskhah. Namun, menerusi drama Seribu Nina, orang dapat lihat saya menghidupkan empat karakter.

“Kalau nak katakan karakter ini susah, tidak juga. Sebab ada lagi yang lebih susah, tetapi ini salah satu yang berbeza daripada saya.

“Saya sendiri nak tengok apa yang saya buat dalam drama Seribu Nina sama ada menjadi atau sebaliknya. Jika tidak menjadi, banyak lagi yang saya kena belajar perbaiki.

“Sebab saya rasa kepuasan datang daripada hasil kerja. Apabila dapat selesaikan sesebuah projek dan tak malu mempromosikan, dari situ datangnya kepuasan,” katanya.

Siri Viu Original itu turut dibintangi oleh Adriana Adnan dan Marsha Milan Londoh itu boleh ditonton di platform Viu sejak 19 Mei lalu.

Drama Seribu Nina mengangkat tema pencarian cinta sejati dengan jalan cerita luar biasa yang menampilkan barisan pelakon popular dan kualiti produksi tinggi hasil komitmen syarikat produksi, Infinitus Ventures di bawah terbitan Viu Original Malaysia. K Online

Syafiq Kyle seram tengok lakonan sendiri?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker