Anna Jobling laku tanpa kontroversi

Anna Jobling laku tanpa kontroversi

Tidak kisah dilabel pelakon ‘membosankan’ gara-gara bersih daripada kontroversi. Pelakon kacukan gadis kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis, Anna Jobling, 22, lebih selesa tidak terheret dengan kontroversi yang boleh mencalarkan nama dan reputasinya.

Gadis yang diperkenalkan menerusi program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/19, itu tidak risau andai terpaksa mengambil masa lama untuk dikenali.



Pemilik nama Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu berkata, dia mahu dikenali dengan hasil kerjanya, bukan dek kisah kontroversi. Biarlah ada yang melabelkannya pelakon membosankan kerana anak tunggal dalam keluarga itu tidak mempedulikannya.

“Saya mahu dikenali dengan positif dan baik-baik sahaja. Biarlah terpaksa ambil masa yang lama untuk dikenali, sedikit pun saya tidak risau. Ini kerana saya bukanlah jenis suka mencetuskan masalah ataupun kontroversi.

“Lagipun, saya tidak mahu dikenali disebabkan kontroversi kerana biasanya tidak bertahan lama. Saya percaya cepat naik, cepat juga turun.

“Namun, saya bersyukur tanpa sebarang kontroversi, rezeki masih mencurah-curah dalam bidang lakonan. Diam tak diam, sudah lapan bulan saya bekerja tanpa henti.



“Saya berhasrat berehat seketika sebelum kembali menyambung penggambaran,” katanya pada sesi sidang media drama terbaharu, Melur Untuk Firdaus yang kini ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3, jam 9 malam.

Selain itu, Anna berkata, dia lebih gemar membuat hal sendiri daripada terjebak dengan kontroversi murahan.

Gadis yang terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai model iklan komersial sejak berusia 15 tahun itu berkata, dia tidak suka terjebak dengan ‘drama’ yang tiada kena mengena dengan hidupnya.

“Biarlah orang menilai saya daripada hasil kerja, berbanding kontroversi,” katanya kepada BH Online.



Anna bergandingan dengan Meerqeen menerusi drama Melur Untuk Firdaus yang kini ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3. – Foto IG Anna Jobling
Anna bergandingan dengan Meerqeen menerusi drama Melur Untuk Firdaus yang kini ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3. – Foto IG Anna Jobling
Anna berkata, dia mahu mencabar diri menjayakan watak memerlukannya bertutur dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Di awal pembabitannya, Anna berkata, dia kurang fasih berbahasa Melayu menyebabkan tawaran lakonan diterima agak terhad dan ‘stereotaip’ kerana sering diberikan peranan memerlukannya bertutur bahasa Inggeris.

Namun, kini, kata Anna, dia tidak lagi berdepan dengan masalah pertuturan kerana apa yang penting, kemampuannya membawakan watak dengan baik.

“Di awal pembabitan, saya sering diberikan watak memerlukan saya bercakap dalam bahasa Inggeris. Sejak kecil, saya sering diberitahu terlalu putih apabila menjayakan iklan komersial.



“Namun, sekarang bukan soal terlalu ‘mat salleh’. Bagi saya, asalkan mampu membawakan watak dengan baik, itu lebih penting.

“Saya ingin mencuba watak sepenuhnya memerlukan saya bertutur dalam bahasa Melayu. Jika ada sikit-sikit bahasa Inggeris tidak mengapa.

“Kalau boleh saya mahu sepenuhnya dalam bahasa Melayu kerana mahu mencabar diri,” katanya.

Anna yang juga anak kepada jurutera minyak dan gas, Abdul Rahman Abdullah dan Azni Raihana Arop pernah menjadi model pelbagai produk seperti Samsung, DiGi, Watson, Hong Leong Bank, Darlie, Roscani, Enchanteur dan banyak lagi.



Gadis berwajah seiras pelakon Amelia Henderson itu pernah menyertai Akademi Amber Chia untuk menambah ilmu dalam pentas peragaan.

Meletakkan model antarabangsa, Bella Hadid, Adriana Lima dan Miranda Kerr sebagai idola, Anna berhasrat mahu merentasi peringkat global untuk mengembangkan kerjaya sebagai peragawati. BH

Anna Jobling laku tanpa kontroversi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker