Uwais toleh beberapa kali lihat ‘kembar’ Siti Sarah

Uwais toleh beberapa kali lihat ‘kembar’ Siti Sarah

“Uwais mula-mula berkerut. Tapi, kemudian dia toleh beberapa kali.”

Itu reaksi anak kepada Allahyarham Siti Sarah, Uwais Alqarni ketika pertama kali bertemu dengan ‘kembar’ ibunya dikenali sebagai Emy ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Raissuddin Hamzah, baru-baru ini.

Ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi, 35, berkata, Uwais adalah orang yang ingin bertemu dengan Emy selain suaminya yang juga bapa kepada penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Saya tanya suami sama ada dia nak berjumpa dengan Emy atau tidak dan dia memang nak. Uwais pun meluahkan hasrat untuk berjumpa juga. Jadi, saya minta bantuan pekerja saya untuk menghubungi Emy dan kebetulan, Ahad lalu, kami diberikan rezeki untuk membawa Emy dari Melaka ke Kuala Lumpur.

“Suami saya memang terkejut sangat dan katanya, itu adalah hadiah paling bermakna buatnya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-66. Menurutnya, ia hadiah yang luar biasa dan dia sangat menghargainya,” katanya.

Selain Uwais, dia juga mendengar reaksi daripada seorang lagi cucunya yang juga anak ketiga Sarah dan Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin.

“Keesokannya, Uwais tunjukkan video pertemuannya dengan Emy kepada Matin sebab ketika sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Uwais saja yang hadir.

“Saya dengar Matin berikan reaksi terkejut dan mengatakan bahawa wajah Emy mirip wajah ibunya,” katanya.

Di majlis ringkas itu, Raissuddin turut menunjukkan beberapa foto lama Sarah ketika kanak-kanak kepada Emy sambil mengimbau kenangan dan mengubat kerinduan kepada anaknya itu.

Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19. HM

Uwais toleh beberapa kali lihat ‘kembar’ Siti Sarah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker