Top Gun Maverick gegar panggung

Top Gun Maverick gegar panggung

TIGA puluh enam tahun telah berlalu, kini Top Gun: Maverick kembali mengegarkan panggung wayang dengan penuh bergaya. Tom Cruise masih lagi menjadi nadi kepada cerita ini dan seperti biasa kelihatan muda dan segar. Jika dahulu dia hanya bergelar leftenan, kini beliau kembali dengan pangkat kapten. Kapten Pete Maverick Mitchell berkhidmat sebagai juruterbang ujian Tentera Laut A.S. dan sentiasa mengelak untuk kenaikan pangkat agar dirinya sentiasa boleh terbang dengan memandu jet pejuang.

Kisah ini bermula dengan Maverick bertugas sebagai seorang pemandu uji bagi pesawat supersonic dibawah program ketenteraan ScramjetDarkstar. Tetapi program tersebut telah mendapat tentangan oleh seorang pegawai tinggi tentera bernama Laksamana Muda Chester Hammer Cain. Laksamana Cain mahu menutup program tersebut dan mahu menggantikanya dengan projek dron yang mana beliau berpendapat pada masa hadapan jet pejuang akan diterbangkan tanpa pemandu.

Justeru itu Maverick tanpa membuang masa terus membuat keputusan sendiri dengan memutuskan untuk membawa prototaip jet pejuang supersonik itu ke ruang udara dengan kelajuan Mach 10. Dalam suasana yang mendebarkan itu Maverick telah berjaya mencapai kelajuan Mach 10 tetapi memutuskan untuk pergi lebih jauh ke kelajuan hipersonik tinggi dan mengakibatkan kemusnahan prototaip jet pejuang tersebut.

Disebabkan kejadian itu Laksamana Muda Cain mengambil keputusan untuk menghukum Maverick, tetapi sebelum dia sempat berbuat demikian rakan dan bekas pesaingnya, Laksamana Tom Iceman Kazansky, komander Armada Pasifik A.S. telah mengarahkan Maverick untuk pergi ke North Island untuk menjadi tenaga pengajar di TOPGUN.

Di TOPGUN Maverick telah diperintahkan untuk melatih sekumpulan elit juruterbang Super Hornet F/A-18E/F yang diselia oleh Laksamana Madya Beau Cyclone Simpson dan Laksamana Muda Solomon Warlock Bates. Mereka mempunyai misi penting iaitu untuk mengebom kemudahan rektor uranium yang terletak dikawasan lembah pergunungan yang sukar untuk ditembusi oleh mana-mana pasukan. Kawasan itu juga turut dilindungi oleh senjata peluru berpandu permukaan-ke-udara (SAM) dan mempunyai pangkalan udara dengan pesawat pejuang Su-57 generasi kelima .

Disinilah peranan Maverick iaitu melatih sekumpulan pasukan juruterbang agar boleh meletupkan kemudahan rektor nukear dari terus beroperasi. Misi ini sangat sukar kerana jet perlu diterbangkan dalam kelajuan yang tinggi di bawah altitud yang rendah bagi mengelak dikesan radar musuh. Disamping itu juga mereka perlu mengelak dari bertembung dengan pesawat musuh kerana hal tersebut boleh menggagalkan usaha untuk memusnahkan rektor nuklear.

Tugas Maverick menjadi sukar kerana hubungan di antara salah seorang pelatihnya iaitu Bradley Rooster Bradshaw yang sering tegang kerana Maverick sentiasa rasa bersalah diatas kematian bapa Rooster yang juga merupakan rakan baiknya. Hal kematian bapa Rooster turut diketahui oleh temanya yang lain dan kemudian berlakulah babak sindir-menyindir yang mengakibatkan suasana menjadi huru hara seketika. Sungguhpun demikian mereka tetap fokus kepada matlamat utama latihan mereka iaitu menerbangkan jet pejuang dalam masa yang telah ditetapkan dan memusnahkan kemudahan rektor nuklear.

Kisah TOPGUN ini penuh dengan aksi mendebarkan yang membabitkan jet pejuang diterbangkan dengan pelbagai aksi akrobatik seperti berpusing-pusing diudara, aksi pesawat memecut dengan laju diangkasa dan kemudian menjunam semula ke permukaan bumi. Syot kameranya juga sangat hebat dengan memaparkan keadaan kejar mengejar dan menembak serta keadaan didalam kokpit juruterbang dan penonton sendiri boleh berasa seolah-olah seperti turut terbang bersama.

Filem ini juga turut diadun dengan aksi romantik di antara Maverick dengan teman wanitanya yang dahulu iaitu Penny Benjamin; kini merupakan seorang pemilik kelab malam dan mempunyai seorang cahaya mata. Aksi romantik ini mengimbau kembali kenangan mereka berdua pada suatu ketika waktu dahulu dan babak ini jelas dilihat ketika mereka berdua menunggang motosikal. Muzik latar filem ini juga sungguh mengasyikkan dan bernuansa era 80an.

Justeru itu pada mereka yang membesar pada tahun 80an, filem ini akan mengamit kembali nostalgia lama kerana elemen-elemen tersebut masih boleh dilihat dalam filem ini. Juga bagi mereaka yang gemar kepada filem berunsur ketenteraan, TOPGUN pasti tidak mengecewakan. MG

Top Gun Maverick gegar panggung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker