Rakam video bogel untuk diskaun pinjaman along

Rakam video bogel untuk dapat diskaun pinjaman daripada ceti haram atau along.

Itu tawaran ceti haram kepada seorang peminjam kononnya untuk memberi potongan kepada tuntutan wang pinjaman.

Namun ia bertukar menjadi detik hitam dalam hidup Azri, 42, selepas video berkenaan dijadikan bahan ugutan oleh along untuk menuntut wang pada kadar tidak munasabah.

Dalam kejadian minggu lalu itu, dia yang bekerja sebagai pembantu pihak berkuasa tempatan (PBT) di utara tanah air mendapat panggilan ugutan dari along yang meminta bayaran.

Menurutnya, dia meminjam sebanyak RM1,000 daripada along menerusi Facebook selepas mengalami masalah kewangan kira-kira sebulan sebelum itu.

Segalanya bermula dengan baik di mana dia membayar sebanyak RM300 setiap minggu sebelum ‘tersangkut’ pada awal minggu lalu menyebabkannya mula diburu along.

Kadar faedah pada mulanya hanya RM200 sebelum ia meningkat kepada RM10,000 dan along berkenaan menawarkan penyelesaian kepada masalahnya yang kemudian bertukar menjadi musibah.

“Tiga hari lalu saya dihubungi along, mengugut untuk mengancam keselamatan saya. Dia memberikan syarat supaya saya merakamkan video bogel dan menunjukkan kemaluan.

“Ia sebagai tawaran untuk mengurangkan kadar daripada RM10,000 kepada hanya RM1,000 saja.

“Saya jadi sangat takut dan menurut permintaannya dengan merakam video bogel selama lebih dua minit dan menghantarnya kepada kepada along berkenaan,” katanya ketika membuat aduan kepada Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Azri berkata, selepas itu dia menerima ugutan daripada along terbabit yang tetap mahukan bayaran RM10,000 atau video itu akan diviralkan di media sosial.

Katanya, dia merayu kepada along terbabit kerana tidak mempunyai wang untuk membayar jumlah yang diminta namun lelaki itu berterusan mengugutnya.

“Saya bimbang video itu ditularkan sehingga mengaibkan saya. Saya akui saya silap tetapi saya tidak ada pilihan lain kerana terlalu takut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah berunding dengan along berkenaan untuk menyelesaikan baki pinjaman Azri.

Katanya, ia modus operandi terbaru along untuk menakut-nakutkan mangsa yang terdesak dan terhimpit.

Menurutnya, tindakan itu sangat melampau kerana ia membabitkan maruah mangsa sedangkan jumlah pinjaman adalah kecil.

“PPIM akan bawa isu ini kepada pihak berwajib bagi mencari solusi menyeluruh untuk membasmi kewujudan samseng dalam kalangan along yang seolah-olah kebal daripada undang-undang,” katanya. HM

Rakam video bogel untuk diskaun pinjaman along


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker